Thursday, December 3, 2009

Masih Ada Cinta



Semua orang suka sangat kalau diri nya di ambil berat, di jaga , di belai dan di hargai umumnya saya utarakan untuk pasangan yang berkapel-kapel ini atau yang baru nak berjinak-jinak dalam percintaan.
CINTA : (dlm sms) - awak dah mkn? kenyang tak?

RINDU: (bls sms) - belom...

CINTA : (sms lagi) - nape? rindu saya ke?
RINDU: (sms di bls) - tak rindu tapi saya rasa semakin sayang kat awak


Aduhai...semesti nya begitu ke kalau bercinta! Tak kisah la samada sudah declare atau tidak. Kenapa cinta itu dianggap saperti taboo masyarakat dan selalu diberatkan oleh sesetengah 'pihak'.

Tetapi yang menjadi masalah nya yang menggaitkn dengan pernyataan kat atas itu adalah remaja muda-mudi yang berpacaran pada zaman sekarang.
Mana tidak nya kalau boleh tiap-tiap hari nak keep in touch sampai nak pergi ke lubang jamban pun nak diberitahu.. baik pasangan tu laki + perempuan, laki + laki, perempuan + perempuan (perlu kah?) di namakan bercinta itu la perangai nya.

KASIH: sudikah kau menerima hatiku setelah kesekian 10 tahun kumenunggu mu...wahai adindaku sayang.
SAYANG: perlukah aku menjawab segala persoalan cintamu itu? sedangkan kau mengenali akan diriku pada mu?
KASIH: tetapi...........kau masih lagi menyembunyikan sesuatu dariku yang aku masih tidak ketahui akan nasib cinta ku kelak

SAYANG: sabar je la...

KASIH: adakah seribu tahun sekali pun kutunggu akan masih sebegini jawapan yang aku terima juga

Perghh...sentap juga drama sebabak tu. Ada juga cinta cam ni kan. Dah ada seseorang yang betul-betul cinta kan kita tetapi kita tu pula yang cam ni cam tu dengan dia. Kalau boleh cinta perlu ada connection yang jelas. Maksud saya di sini hala tuju nya kalau sekadar ingin merasai pengalaman bercinta sekadar untuk merasa teringin nya berpegangan tangan, nk kiss sana kiss sini, nak jalan-jalan keliling KLCC dan banyak lagi kedosaan tak perlulah lupakan je niat itu.
Cinta yang suci di akhiri dengan perkahwinan ataupun cinta sesudah berkahwin maka tiap-tiap hari adalah cinta kerana selepas kahwin baru nak selongkar tentang pasangan masing-masing dan rasa jemu pun tak sebab tak pernah jumpa kan.



Satu lagi yang ingin saya kongsikan di sini adalah pertunangan. Perlu ke hendak diikat lelama? Sampai tiga empat tahun agak-agak mungkinkah si dia akan betul-betul mengahwini kita? Sedangkan air di laut sekali bah sekalipun berubah inikan hati manusia yang lembut itu. Kalau boleh kahwin je la terus tak perlu nak heret anak dara orang merata nak tayang kat orang korang dah bertunang. Ada je pak dolah, mek janda yang meluat tengok drama anda hehe..

Masih ada lagi cinta? Cinta yang bagaimana hendak di cari selain cinta pada yang SATU, para nabi, ibu bapa dan keluarga... Kehidupan ini saling lengkap-melengkapi tetapi keperluan itu juga ada tahap nya jangan terlalu mengejarkan cinta kelak segala yang diharap tidak menjadi. Wallahualam...

2 comments:

Anonymous said...

dilamun cinta ke nasz..
aku kenal ke?
he3..

nasz said...

dilamun cinta???

hehe....

no komen ;p