Tuesday, December 15, 2009

perjalananku semusim ini

Assalamualaikum w.b.t

Agak lama saya tak menjengah ke blog saya ini. Saya minta maaf kerana tidak dapat menulis sebarang post sebelum ini. Kalau diikut kan memang banyak nak dicerita dan dikongsikan bersama anda semua. Terima kasih juga di atas segala galakan dan dorongan yang telah anda berikan ke atas blog saya yang tak seberapa ini. Yela menulis berdasarkan pengalaman dan kehendak diri terima kasih kerana ada yang sudi membaca nya.

Semester empat dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah pun menjengah juga. Terlalu banyak kejutan yang berlaku seawal kemasukan semester ini. Apa yang menyedihkan saya adalah tahun ini adalah berakhir nya jurusan yang satu-satunya ada di universiti-universiti di Malaysia ini. Alasan nya sekadar berlandaskan kami ini berada di landasan tidak profesional...bagaimana produk akhir kami nanti? Nasib kami bila hendak mencari pekerjaan kelak?

Sekadar permulaan untuk semester ini. Saya mengucapkan agar pada siswa-siswi yang akan memasuki semester baru saya ucapkan tahniah! semoga berjaya mengejar dekan! insyAllah. Kepada adik-adik matrikulasi yang baru mengisi borang UPU saya ucapkan selamat memilih dan jangan salah pilih lak... hehe

No comments: