Tuesday, July 28, 2009

Coming up, Next???

Assalamualaikum w.b.t
Saya tidak sempat memberitahu kepada rakan-rakan yang mengenali bahawasanya saya telah pun di serap sepenuhnya sebagai penyanyi Konvo UTM, pada hari Ahad lalu adalah persembahan pertama saya bersama Konvo UTM. Saya agak sedih kerana pada persembahan terakhir saya telah melakukan kesilapan dengan secara peribadi saya tidak lah menerima nya iaitu saya tidak ingat lirik lagu (jatuh Cinta Lagi, Matta).

Sungguhpun lagu yang saya bawa pada malam itu agak familiar namun bagi saya yang kurang meminati band indonesia terpaksa cuba untuk menerima juga dan mungkin satu lagi sikap saya yang terlalu over-confidenced pada malam tu telah men-spoil-kan walaupun tidak banyak tapi agak menjejas kan brand yang saya cuba tampilkan.

Setakat ini saya banyak menghadiri kelas vokal dan berjamming bersama Konvo UTM yelah Konvokesyen UTM pun dah dekat. Saya juga masih lagi menerima private show cuma tidak seaktif biasa kerana semester ini banyak halangan dari segi jadual kelas yang tidak terlalu pack tetapi memerlukan komitmen yang agak lebih kepada revise balik apa yang dipelajari...(banyak law lak sem ni).

No comments: