Wednesday, August 5, 2009

meniti kedewasaan

Dalam usia 21 tahun ini telah banyak yang saya lalui dari setitip pengalaman ke sebesar hakikat yang amat sukar saya telan namun dalam erti kata yang paling mudah adalah 'aku adalah aku' maka lah ia bukan satu persoalan harus yang menyebabkan saya memilih jalan untuk mengelak atau berhenti melakukan; menarik untuk di ketahui umum apa yang sedang saya bicarakan adalah lebih tepat dan mudah anda faham bahawasanya kita akan sentiasa melalui sesuatu suasana atau keadaan yang baru setiap masa. Paling penting anda harus bersedia menghadapinya.

SEDIH + RISAU, itu yang dapat saya zahirkan dari pandangan saya sendiri dalam melihat hampir setiap hari ada sahaja kisah buang bayi belum di kisahkan aboris di kalangan remaja perempuan pula. Apa nak jadi? Pandai makan pandai simpan la? (opps bukan hendak menggalakkan ek). Itu lah lumrah nya remaja kita sekarang ini. Jalan apa yang telah mereka pilih. Salah tetap salah namun bila sudah sampai perut melebihi hidung lebih baik beritahu ibu bapa sahaja usah bertindak 'bijak tak bertempat a.k.a bodoh' sampai memilih kehendak syaitan. Sudah nya siapa susah!!!

Kurang nya ilmu remaja kita erm rasanya jahil lebih sesuai, sudah tidak dapat dinafikan lagi. Dunia ini terlalu luas untuk mereka sehingga mereka bebas menjejak mengikut nikmat nafsu semata hingga ke suatu tahap mereka penat berjalan akhirnya jalan hitam di pilih. Bosan dan letih melihat dan mendengar apatah mahu mentafsir isi kejadian. Jadilah manusia kerana berjalan mencari makna kebahgiaan sejati bukan kehancuran yang memakan diri.

No comments: