Sunday, July 19, 2009

Episod 1 : Jika anda di tempatnya

Assalamualaikum w.b.t
Kali ini saya tergerak untuk menceritakan suatu pengalaman dan suatu perkongsian yang bagi saya ini merupakan suatu kisah klasik yang dari dahulu lagi sehingga sekarang berlaku di kalangan remaja umum ny remaja MELAYU ye r boleh dikatakan isu dekadensi moral juga. Baik lah, sebenarnya inilah adalah cerita benar dan sedang berlaku. Suspen sahaja bunyi hehe..

Kita mula kan N (bukan nama sebenar) adalah kawan baik saya di UTM dan N mempunyai bekas kekasih nya yang kini masih lagi berkawan baik dengan nya iaitu X (bukan nama sebenar). Si N tidak lagi menjalin hubungan sebagai kekasih setelah N mengetahui X pernah mempunyai anak dan menggugurkan kandungan itu. Nasib bek si kawan saya ini masih lagi ada inisiatif untuk terus berkawan dengan X sehingga lah X melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej swasta di pantai timur dalam jurusan kejururawatan. X di besarkan dalam keluarga yang berada tambahan pula X anak bongsu cakap sahaja apa yang X kehendakan pasti di tunaikan oleh keluarga nya. Namun sedihnya akibat terlalu di manja kan dengan kasih sayang terlampau dan di dambakan dengan wang ringgit sayang X menjadi semakin bebas dan jangan terkejut X pernah sendiri meminta untuk tidur dengan N bukan sekali dua. Alhamdulillah, N mampu menolak tawaran neraka itu dengan berhemah.

Tidak bermakna X ditolak oleh N, X tidak akan mengulangi lagi malah X sering meniduri lelaki sehingga lah dia mengandung buat kali pertama. Pernah suatu ketika X pernah bertaubat namun baik nya hanya sementara setelah anak itu berjaya di gugurkan namun X kembali melakukan perkara yang sama.

Terbaru X menelefoni N dan memberitahu pada N yang kini X telah mengandung 6 bulan dan meminta tolong N untuk mencari klinik atau mana-mana tempat untuk melakukan aborsi. Untuk pengetahuan anda di Malaysia pelakuan aborsi adalah salah kepada sesiapa yang melakukan nya dan yang melaksanakan nya juag akan di kenakan tindakan undang-undang kerana ia melibatkan nyawa. Sebenarnya X telah pun jadi seorang wanita yang baik dan mula mengenali Allah sejak tahun lepas namun sesungguhnya Allah terlalu menyanyangi nya maka di turunkan sedikit ujian untuk menguji sejauh mana ketabahan nya dan keimanan nya.

X mula hilang kepercayaan tatkala hati mula menemui sejadah dan sinar penyuluh kebahgiaan kini X mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana malu untuk memberitahu keluarga. X terlalu risau keluarga nya akan malu kerana perut yang sedang membesar, nyawa yang mula meminta kasih sayang dan belaian dari seorang ibu dan bapa kelak setelah mula mengenal dunia.
Lelaki yang bertanggungjawab sebagi bapa kepada anak itu kelak pula tidak mengaku itu anak nya lalu meninggalkan X tanpa belas kasihan malah menukar nombor telefon...

(bersambung...)

1 comment:

Anonymous said...

fuh..