Setiap insan di atas dunia ini sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Bak kata pepatah 'hari ini adalah yang lebih baik daripada semalam'. Adapun diri ini telah banyak berusaha dan terus berusaha menorobos segala ruang yang ada demi mencapai matlamat yang tersedia namun pernah kita merasa kan kepuasannya?
Saya pernah mempunyai seorang kawan yang terlalu obses menjadi 'wanita matang' diwaktu ini usia nya adalah 18 sehingga sekarang. Apa yang menarik minat saya untuk meneliti wanita ini ialah disebabkan terlalu obsesnya pada istilah itu saya lihat beliau sentiasa mencari segala peluang termasuk buku, ceramah dan apa yang menariknya sifat keibuan pada wanita ini terlalu menyerlah. Tapi disebalik terlalu mengejar kematangan tersebut sebenarnya wanita ini tidak lari dari bayangan sendiri kerana apa yang saya dapat beritahu di sini adakalanya sikap nya masih lagi keremajaan dalam membuat sesuatu penilaian. Wanita ini seakan tidak berpuas hati dengan apa yang dikecapi walupun sudah berusaha bukan lah saya bermaksud tidak perlu berusaha sungguhpun telah mendapat keputusan cemerlang. Wanita ini juga cuba memberitahu umum berulang kali akan kelemahan nya. Adakah ini yang di maksudkan 'wanita matang' yang diimpikannya? Atau sekadar menaruh simpati? Atau perlukan perhatian umum?
Apa yang perlu kita lakukan sebaliknya mencari kelemahan pada diri kita untuk di perbaiki dan menilai kekuatan yang ada dalam diri kita untuk di perbaharui kehebatannya. Barulah saya yakin ia akan lebih baik.
Adalah terlalu peribadi untuk saya menceritakan kisah wanita ini walaupun tidak banyak melalui blog saya ini namun begitu saya harus juga berkongsi dengan anda semua agar nilaian ini sedikit sebanyak dapat merefleksikan diri kita secara tidak langsung dapat membentuk diri kita untuk menjadi seseorang kelak. Untuk menjadi seseorang bukan senang penilaian yang harus terperinci tentang diri kita harus tepat. Sekadar membaca, mendengar dan mengamati tidak cukup jika tidak pernah berusaha untuk rapat dengan diri kita. Teringat saya akan falsafah yang selalu saya pegang sejak di tingkatan satu dulu:
'if you want to make the world as the better place. First, look at yourself. Then, take that chance to change it' ~nasz
Sebagai menambahkan lagi kekuatan untuk anda sesudilah mendownload lagu menjadi dirku dari edCoustic. Klik disini!!!
No comments:
Post a Comment