Tuesday, February 10, 2009

Seminggu yang lepas

Assalamualaikum w.b.t
Sekian lama saya menyepi dari mem'spot' sebarang cerita baru di sini. Kehidupan sebagai seorang pelajar memang tidak pernah lari dari sebarang tanggungjawab baik sebagai anak, abang, kakak, adik, pelajar dan yang paling penting seorang hamba yang di pinjamkan nyawa nya melainkan untuk sujud kepadaNya.

Hampir seminggu lebih saya dihujani pelbagai jenis assignment dan tests hinggakan sekarang pun sewaku menulis post ini pun tengah sibuk mencari bahan untuk assignment saya. Rindu untuk menulis terlalu membuak-buak jadi saya pun menulis sendikit untuk tatapan kita bersama.

Saya bersyukur juga dalam pada sesibuk ini ada masih ada yang sudi menjemput untu buat persembahan di sekitar UTM. Terima kasih di atas undangan tersebut.

Saya aak terkilan beberapa aktivti kelab saya terpaksa menarik diri di saat akhir disebabkan bertembung dengan assigment dan test saya seperti pada minggu lepas saya terpaksa menarik diri untuk program lawatan ke Istana Budaya untuk menonton Puteri Gunung Ledang the Musical. Juga lawatan ke Singapura juga saya terpaksa batalkan di sebabkan kegagalan untuk hadir pada waku yang sama dengan tugasan saya. etc. Erm, agak hampa tetapi apakan daya saya hanya dapat lakukan setakat yang termampu sahaja kan. Paling penting kita gembira dan tenang menghadapi apa sahaja yang datang;-)

No comments: