Apa khabar???
Harap sihat semua. Alhamdulillah, sampai juga hajat saya untuk melakukan kembara ekspress yang hanya mengambil masa sehari sahaja. Tempat nya hanya ke Kuala Lumpur ala my hometown sahaja. Bukan apa memandangkan semalam adalah hari sambutan berkasih-sayang bagi kaum Yahudi jadi saban tahun saya hanya membaca dan mendengar sahaja akan hari kekasih ini terutama ada umat Islam yang menyambut hari ini.
Perlukah kita menyambutnya?
Saya rasa untuk menyatakan cinta, kasih dan sayang tidak perlulah sehingga nak menunggu suatu hari yang istimewa baru nak di beritahu pada seseorang yang kononnya di cintai itu. Dalam agama Islam sendiri telah diberitahu kepada umat nya sentiasa menyatakan kasih sayang kita tiap-tiap hari agar kasih sentiasa bersemi baik kepada ibu bapa, keluarga, suami isteri atau yang berkenaan selagi tidak melebihi batas. Indah nya Islam sesungguhnya menjadikan kalimah cinta cukup convinient kepada umat nya.
Berbalik kepada perjalanan saya pada hari semalam. Sepanjang perjalanan dalam bas saya duduk bersebelahan dengan lelaki cina yang rasa nya baya dengan saya. Sempat saya menanyakan pada nya tujuan dia balik disebabkan ingin menyambut YD ini? dan dia menjawab dengan nada yang sedikit lambat sekadar ingin ketemu keluarga di Petaling Jaya. Apa yang menarik perhatian saya sewaktu dia membuat panggilan telefon adalah kekasih nya. Nak tahu? Kekasih nya adalah orang melayu saya yakin sebab nya sewaktu hampir nak tiba di Pudu Raya, lelaki cina telah menelefon kekasihnya itu untuk berjumpa di Time Square semata untuk menyambut VD ini.Namun setelah hampir berkali-kali lelaki cina memujuk untuk berjumpa tetapi kekasihnya itu tetap tidak mahu berjumpa di Times disebabkan risau akan ibu kekasih nya itu marah. Bercinta dengan bukan Islam itu ada buruk baik nya. Contoh yang buruk nya begini lah tapi baik nya dari segi genetik. Setakat yang saya tahu apabila dua baka yang baik tetapi berlainan genetik bertemu akan melahirkan suatu genetik baru yang turut mengandungi kedua-dua genetik asal yang mana gentik baru ni lebih sihat dan upgrade lagi.
Apabila sampai di Pudu kami masing-masing bawa haluan masing-masing lah. Sepanjang saya sampai ke destinasi semua peniaga turut membuat hot pick items untuk pemberian kepada yang teristimewa kat ruang pamer mereka. Ada juga remaja yang turut mengambil kesempatan berniaga menggunakan kreatif mereka tersendiri demi menarik pemburu cinta untuk membeli barangan yang mereka jual. Memang beruntung la peniaga-peniaga kita ek.
Ada apa dengan Hari Kekasih ini? Saya rasa anda lebih mengetahui jawapan nya kan. Cinta itu memang mudah nak berkasih pun mudah tetapi biarlah kita sebagai umat Islam tahu bagaimana untuk mempraktikkan nya mengikut batas yang telah ditetapkan di dalam Islam. Ingat sambutan Hari Kekasih ini dilarang sama sekali di dalam Islam! SEKIAN
2 comments:
betui2... nak berkasih syang, hari2 leh sayang... x perlu tggu hari2 tertentu.... org x bertamadun je main pilih2 hari nak sayang...hahaha...
tu la owg kte zamn skunk ni ishh2...hehe
Post a Comment