Thursday, February 19, 2009

Menjadi Diriku (2)

Remaja kini sudah menjadi terbiasa dengan choosing power yang diberikan pada mereka. Kenapa?? Dulu apabila kita masih berada di bawah umur 18 tahun mungkin agak sukar untuk kita membuat sesuatu keputusan sedangkan keluar rumah untuk berjumpa kawan dan mentelaah bersama-sama pun kita tidak ditanya dengan jutaan persoalan yang dikeluarkan oleh wartawan kat rumah. Sekarang apabila usia mula membatasi waktu sekadar nak berjalan-jalan di luar rumah pun terkadang kita sendiri tidak memberitahu ibubapa kita.

Di mana silapnya???
Tiada yang silap, sebagai seorang yang berjalan meniti arus kematangan saya rasa wajar untuk kita elakkan dari mencari kesilapan orang lain juga diri sendiri seboleh-boleh nya. Sikap menunding jari ini terlalu keanakan ada baiknya kita bersikap lebih optimis dalam sebrang bentuk perkara yang dilakukan.

Berbalik pada asal, selagi kita masih lagi tinggal sebumbung dengan ibubapa/penjaga kita maka harus lah kita menghormati mereka. Walaupun umur sudah mencecah 25 tahun sekalipun harus kita memberitahu mereka apa sahaja yang kita lakukan melainkan pada usia sebegini kita duduk juah dari ibubapa dan duduk berseorangan barulah segala perlakuan kita akan menjadi peribadi. Di mana pada saat ini kita sudah berada di era kematangan malah sudah mampu untuk membuat segala pertimbangan yang mungkin. Tetapi harus diingat juga jika kita tinggal dirumah bersama dengan rakan sebilik/rumah yang rapat dengan kita juga tidak salah untuk memberitahu mereka akan aktiviti kita. Setidak-tidaknya aktiviti kita diketahui dan sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi jika berlaku sebarang kesulitan dapat dibantu oleh kawan serumah kita itu.

p/s: edisi kedua ini sebagai wadah peyambung selepas mendapat sambutan dari Menjadi Diriku yang pertama. Terima Kasih semua

No comments: