Friday, February 27, 2009

Ringgit Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Saat kini makin ramai manusia yang makin melupakan harga sebuah kehidupan itu. Adakah semua ini berlaku kerana terlalu taksub dalam mengejar kemewahan dan kebahagiaan di dunia fana ini?
ataupun terlalu mudah untuk mengatakan TIDAK setelah tewas berjalan meniti arus kehidupan yang tiada ketentuannya. Mungkin benar, mungkin juga tidak dan mungkin keduanya namun ita sebagai seorang insan yang dicipta kan dengan akal yang paling tinggi kurniaannya dari yang Maha Bijaksana tak kan terlalu daif dalam menyusun rentak hidup kitakan.

Harga kehidupan kita ini terlalu tinggi nilainya dan setiap individu itu mempunyai aset nilai yang berbeza dan sukar untuk untuk dibuat perbandingan nilai. Usah lah kita mengatakan kehidupan kita terlalu sukar dan terlalu banyak liku nya sedangkan baru seinci duri dipijak sudah kita melenting. Nah! ini ke yang dikatakan insan hebat??? Mehna ujian tidak pernah berhenti walau sesaat sekalipun seharusnya persediaan setiap individu haruslah sehebat kekebalan diri dalam menangkis segala cabaran dengan tenang dan paling penting tabah. Ingat kita haruslah redha dengan ketentuan bukan bermakna putus harapan sebaliknya pasrah dalam pada itu berusaha memperbaiki. Barulah nilai kehidupan itu menjadi lebih tinggi dan hebat kedudukannya.

Tidak seharusnya bila mana individu itu kaya dan mempunyai kedudukan yang bagus bermakna ia telah mempunyai nilai kehidupan yang bagus dan hebat. Sama sekali tidak ada dalam kalam kehidupan itu yang ada nya istilah sedemikian. Tahap nilaian nya individu itu terlalu berbeza mungkin sama pada nasib tapi tidak pada cara nya ia berlaku.

Jangan lah mudah mengalah! kita terlalu muda untuk berpaling dari apa jua bentuk cabaran itu. Fikirkan cara dan langkah seterusnya atur lah satu-persatu tambahkan perisa keyakinan pastinya segalanya tiada yang mustahil kelak. Jadilah individu yang mempunyai aura kejayaan nya sendiri tidak kira sesusah mana sekalipun namun bijak dalam merencana warna dan corak kehidupan nya.

No comments: