Anda tahu apa itu teater Sakinah?
Pernah dengar sebelum ini?
Tentu ada yang tak tahu juga makna sebenar Sakinah itu sendiri?
Di semester dua ini saya dikehendaki mengambil subjek Kokurikulum jadi semasa di awalan pendaftaran hari saya telah memilih trekking sebagai pilihan utama diikuti penampilan diri namun setelah di buat pemilihan saya telah di masukkan ke dalam subjek Teater. Mula-mula tu memang terasa ingin menolak juga tetapi memandangkan saya ingin mencuba sesuatu baru yang baru kalau dulu saya terasa juga ingin berteater apatah sewaktu menonton teater.
Disekolah menengah dulu pun saya memang aktif berdrama dan sketsa jangan terkejut jikalau sya memberi tahu bahawa pada suatu pertandingan drama berbahasa Inggeris untuk peringkat daerah Petaling saya telah memenangi anugerah Pelakon Utama Lelaki Terbaik menerusi watak utama yang saya pegang sebagai Dato' Maharajalela bagi drama yang bertajuk "if you could....".
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu kan. Jadi cuabaan saya ini rasanya tepat buat masa ini.
Hari ini adalah perjumpaan pertama bagi kelas Teater. Mula-mula sekali melangkah memang agak excited juga tetapi bila dah duduk satu persoalan yang diberi kepada kami oleh tenaga pengajar yang bernama Haji Ahmad Ramlee b Haji Salikon. TEATER SAKINAH?? Bagi beliau teater Sakinah ini bererti satu kelompok yang besar. Adapun Keluarga Sakinah itu bererti terdiri daripada bapa, ibu dan adik-beradik. Jadi disinonimkan lagi dengan teater itu maka adalah persamaan nya juga. Bila dalam satu kelompok yang besar ini output dan input yang diterima dalam teater itu harus setimpal dan bukanlah dilihat dalam aspek negatif seperti yang diketahui oleh masyarakat.
Tambahan pula teater itu dapat menghasilkan 4 perkara penting jika di laksanakan sebaik mungkin iaitu alat, motivasi, kaunseling dan ibadah. Jadi lakukan lah apa jua perkerjaan itu dengan ikhlas kalau hendak diRedhai oleh Allah.
*sakinah - ketenangan
1 comment:
dari dulu teringin tgk teater.
tp tak pernah ada peluang dan kesempatan
:(
Post a Comment