Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Hari ini adalah hari terakhir bagi seluruh manusia di dunia menikmati hidup untuk tahun 2008.
Malahan, hari ini juga adalah lah hari terakhir untuk saya menulis untuk blog saya bagi tahun ini.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan anda dan juga sokongan yang telah diberikan. Syukran.. Arigato.. Bagi umat Islam pula kita baru sahaja melangkahi tahun baru kita pada Isnin lalu pada 1 Muharam 1430H (29hb Disember 2008).

Bagaimana hijrah saudara/saudari pada kali tahun ini?
Officialy, sebagai umat Islam dan kepada sesiapa juga yang membaca blog saya ini dari mula-mula saya menulis di alam maya ini saya menyarankan pada anda cuba lah untuk melakukan hijrah walaupun kecil ataupun perubahan tidak kira sebesar mana sekalipun jika anda lakukan kerana ikhlas dan demi kebaikan kepada anda dan lain-lain, saya jamin akan datang anda akan ketahui betapa besar impak yang telah anda tinggalkan setidak-tidaknya impak itu adalah positif.

Walaupun kita sekadar mengubah gaya rambut kita sekalipun dari yang panjang tidak terurus yang telah kita bela selama berabad lama nya ke pendek dan nampak kemas saya yakin dengan penampilan anda sebegini secara tidak langsung anda akan rasa lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Di mata masyarakat pula anda seorang yang kemas, berimej positif dan penampilan yang menarik. Imej yang kemas dan yakin amat penting jika anda perlu untuk ke temuduga juga sewaktu di pejabat. Jadi jika anda nak cemerlang think about yourself first.

Salam tahun baru 2009.

my philosophy,
"if you want to make the world as the better place. First, look at yourself then take that chance to change it" nasz ~ since 2001 till now

No comments: