Saturday, December 27, 2008

Azam tahun baru

sedar tak sedar kita semua telah pun hampir melangkah ke penghujung tahun 2008. Kalau dulu kalau semasa masih di sekolah rendah saya dapat rasa kan masa itu terlalu lambat sekali masakan tidak nak menunggu hari ke malam pun lambat. Tapi sekarang masa menjadi begitu pantas hinggakan siapa yang tertinggal masa walaupun sesaat akan merasakan betapa kerugian yang tak ternilainya. Betapa pantas masa berlalu meninggalkan kita hingga kita tidak sedar kita telah jauh ketinggalan.

Azam, kalau masuk ke tahun baru ramai yang akan menanyakan pada kita apakah azam kita di tahun baru ini. Walhal saya yakin berapa ramai sangat yang telah berjaya menunaikan azam mereka pada tahun ini kalau setakat tahun ini tak pe lagi kalau tahun-tahun yang sebelum nya pun belum tertunai azamnya..? Bak kata Nabil, Raja Lawak ~lu pikir la sendiri. Memang betul kita hanya merancang Tuhan yang menentukan nya tapi jika kita sekadar berharap dan meminta tetapi tidak berusaha macam mana kita nak capai apa yang kita azamkan. Usaha kena seiring dengan semangat, kalau setakat ada usaha tetapi semangat kurang nanti bila kita tewas sedikit mula lah kita akan berundur sebaliknya jika kita mempunyai usaha yang tinggi dan semangat yang kental saya yakin kita dapat lakukan apa sahaja. Biar lambat asalkan kita dapat jua.

Tahun 2008 makin tinggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan memori yang pelbagai suka duka. Orang kata tutup buku lama kita buka lembaran baru bermula dari sekarang cuba menjadi seseorang yang baru mulakan sedikit perubahan pada diri sesungguhnya dalam Al-Quran juga ada menyebut "sesunggunya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri" jadi apa tunggu lagi biar sedikit sebaliknya ia mungkin dapat memberi impak positif pada diri dan kebaikan pada orang lain juga.

Selamat Datang ke Tahun 2009.
Assalamualaikum w.b.t...

No comments: