Baru-baru ini saya sahaja mengorganise balik folders yang ada di dalam lap top saya. Tengah duk pening susun balik folders dan item-item yang berselerak tu maka terpandang saya pada kenangan Unga saya bersama kawan-kawan satu kuliah semasa di Kolej Matrikulasi Perak dulu.
Kalau nak tahu UNGA ini amat dikenali di sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Program nya senang je kalau dahulu di matrik saya setiap kumpulan Kuliah kena mewakili negeri-negeri di Malaysia atau negara-negara di dunia ini melalui undian. Alangkah malangnya bagi saya kuliah saya dapat negeri Sabah malah saya juga dilantik sebagai Ketua Multimedia sebagai mewakili wakil tutorial saya bersama dua rakan lain untuk bersama 8 lagi wakil tutorial lain untuk projek kuliah kami ini. Bayangkan sepanjang tempoh hampir 2 semester ini kami tidak pernah mengenali malah sebelum ini pun kalau jumpa pun sekadar melemparkan senyuman je. Lagi pun kuliah kami paling ramai pelajar jadi memang tak kan mudah untuk berkenalan maka sekadar masuk kuliah dengar dan keluar selepas habis kuliah je hehe. Bila di bagi tugasan begini memang agak was-was untuk dilakukan dengan orang yang kita tak berapa kenal tapi kata orang tak kenal maka tak cinta kan.hehe
Sambung lagi… Kami semua di beri masa hampir dua minggu kalau tak silap dengan bajet perbelanjaan untuk semua tasks kami adalah less than RM 50 sorry I can’t remember the exact values for the budget are given to our lecture. Kami diberi booth untuk memberikan info-info tentang negeri yang kami dapat iaitu Sabah kalau nak diikutkan saya terlalu berharap untuk mendapatkan negara Jepun hinggakan satu masa saya telah berjumpa rakan kuliah bersebelahan semata-mata untuk menukar negeri dengan mereka iaitu negara Jepun ( saya memang suka akan jepun sebab saya suka menonton cerita jepun ;p )
Nak diikutkan cerita selepas habis sahaja kelas pukul 4 petang kadang-kadang pukul 5 petang kami akan berlatih di dewan Banquet ntuk menyiapkan tugasan yang diberi dan memastikan segalanya lancar.
Kami di asingkan kepada dua kumpulan bergerak di mana satu kumpula akan berlatih tarian popular dikalangan kaum Kadazan untuk persembahan pada malam kemuncak UNGA dan kumpulan satu lagi pula perlu mencari dan membuat segala material untuk booth SABAH kami.
Seperti yang saya kata tadi saya memegang posisi sebagai Ketua Multimedia tapi dalam pada itu saya sibuk memikirkan persembahan yang gempak pada malam kemuncak tersebut sebabnya kalau boleh setiap pertandingan yang saya masuk kalau boleh saya nak yang terpaling baik sehingga orang lain akan berkata “nasz, you are the best”. Actually, yes I am…I’ll try to do my best as long as I still can breathe well even till I close my eyes. Ini lah prinsip saya apabila saya menyertai sesuatu bukan untuk show off tetapi untuk memastikan saya sentiasa di hadapan dan terbaik tetapi saya tidak takut kalah sebab saya tidak akan kisah jika saya kalah sebab saya bukan seorang yang terlalu mudah untuk awal menyeru kekalahan..haha eh apa yang dingarutkan ni sumimase min na..teehee’
Dipendekan cerita maka sampai la ke Malam Kemuncak UNGA 08,saya tengok kawam-kawan semua dengan penuh semangat tetapi mereka tetap risau jika Kuliah kami kalah kerana sepanjang program ini berlansung banyak rintangan yang hampir mengugat kelancaran kerjasama kami buat julung kali nya sebagai satu rakan kuliah. Saya ingat lagi setelah penat melayan pengunjung-pengunjung yang datang ke booth Sabah kami, saya nampak wajah-wajah keletihan dikalangan kami malah bukan itu sahaja saya juga melihat wajah-wajah ceria yang bersama menganyam memori gembira bersama-sama sebelum melangkah keluar dari matikulasi ini walaupun ada di antara kami yang tidak pernah bersua tetapi di sini setelah hampir beberapa hari bersama segalanya mentafsirkan seperti telah lama mengenali.
Lantas saya dengan seorang Sumandak (gadis) dari Kuliah saya mengambil heater dari bilik kami dan menyediakan SABAH TEA dan diberikan pada semua. Kami terlalu gembira bersama tidak sabar untuk berperang pada Malam Kemuncak UNGA 08 pada esok hari nya. Syukur Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan multimedia untuk tontonan penonton yang hadir pada malam nya dengan pelbagai gambar menarik dan info-info ceria tentang Sabah malah saya juga turut membuat gimik istimewa menyumbangkan suara saya untuk menyanyi kan lagu yang amat popular dikalangan rakyat Sabah iaitu Sayang Kinabalu yang dipopularkan oleh Kumin Mudin berlatarkan tarian Sumayau oleh putera-putera LB1 kami. Bagi menutup persembahan pula kami menggunakan tarian Magunatip yang menggunakan batang buluh untuk lagu Jambatan Tamparuli. Tarian ini telah menarik ramai pelajar untuk datang ke booth kami juga hinggakan full house dibuat nya. Terima Kasih ea.
Belum habis lagi.. seperti yang saya jangka kami mendapat Johan pertandingan UNGA ini. Pada saat diberitahu saya melihat rakan-rakan lain menangis kegembiraan dan saya amat terharu melihat usaha
dan semangat yang telah mereka pamerkan. TAHNIAH semua…Jasa kalian sentiasa dikenang. Semangat ini lah yang membuatkan saya teringat kembali sewaktu melihat kembali segala gambar kenangan dan video kami.
Pesanan nasz- hargai lah segala kenangan yang ada dan lakukan segala yang anda lakukan dengan terpaling baik kerana kelak akan membuah kan sesuatu yang pasti membuatkan anda terharu dan terlalu mengingati nya sampai bila-bila. Erm…tentang lagu yang saya nyanyikan itu boleh didapati kat tepi laman blog saya ini. Minta maaf buat anda semua bosan membaca cerita ini ;)
No comments:
Post a Comment