Tuesday, November 25, 2008

Program Pembentukan JKM K11 edisi ke 2

hooray...saya sangat teruja untuk menghabiskan program pembentukan JKM Kolej 11 yang bakal berakhir pada malam ini. Saya terlalu amat merindukan masakan emak saya dirumah dan terlalu rindukan bebelan emak saya. Maklumlah orang-orang tua ni terutama macam emak saya suka sangat membebel ada sahaja tidak kena, buat itu kena bebel buat ini pun kena bebel tapi jangan terkejut kalau saya bagi tahu sebenarnya saya dengan emak saya seperti kawan dan abah saya seperti abang saya. Saya tentu anda semua mesti terkejut kenapa saya bagitahu anda akan kebenaran ini sebenarnya saya hanya ada 3 orang adik-beradik (Azliza,16 & AzlinaSyafiqah,7) jadi disebabkan saya mempunyai bilangan adik-beradik yang terhad ditambah dengan jarak usia dengan itu saya lebih suka mengambil pendekatan untuk lebih dekat dengan parents saya. Jangan anda tidak percaya juga kebanyakan remaja yang lebih kurang macam saya ni kebiasaanya memang susah nak rapat dengan parents mereka. Nak tahu kenapa..?
Kalau dari segi pengalaman saya melihat faktor ini terjadi kerana apabila seseorang itu sudah mencapai umur 18 tahun ke atas mereka merasakan pada tahap ini mereka free to do what they want to do as long as nothing can interrupt their freedom including their parents.
Tambahan pula, remaja zaman sekarang lebih mudah memilih sahabat handai mereka untuk tempat bergantung tempat diluah perasaan dikala susah dan kesempitan wang baru rujuk ibu bapa. Namun bagi saya family comes first bukan kata saya tiada kawan rapat...ada atau tidak mempunyai kawan (kalau tiada kawan maka tiada la blog ini..hehe). Cuba anda fikirkan kalau saya dirumah berapa kerat sangat yang ada kat rumah saya, sudah tentu keadaan senyap je, saya ni suka kan keadaan yang ceria jadi ibu bapa saya la jadi medan debat dengan saya hehe...

p/s: saya ingat nak cerita tentang program JKM saya tadi tapi melalut lak hehe.
so just wait for my last stories about my JKM camps ek ;)

No comments: