Hari ini adalah hari pertama untuk program pembentukan JKM Kolej 11 bagi fasa 1. Syukur segalanya jalan dengan lancar kalau diikutkan saya dan peserta lain tidak habis lagi beraktiviti memandangkan sekarang adalah aktiviti riadah dan saya bukan lah orang yang sesuai untuk bersukan jadi saya ambil peluang ini untuk berehat dibilik dan menulis di blog untuk tatapan semua.
Program hari ini seperti kebanyakan program kepimpinan yang ada bermula dengan ice-breaking, diteruskan dengan ceramah tentang pengurusan diri, selepas itu kami ada ceramah tentang event management diikuti ceramah tentang penghataran dan pengesahan pinjaman atau peruntukan program. Untuk program ceramah terakhir sebelum pukul 5.30 petang tadi adalah aktiviti berkumpulan dimana kami harus menyiapkan kertas kerja apa-apa program dalam masa kurang dari 30 minit. Kami memang bekerja under pressure yang agak tinggi tapi nasib baik komunikasi kami bagus antara ahli walaupun baru sahaja kenal untuk beberapa minit.hehehe
Saya hanya mampu melakukan setakat yang termampu dilakukan oleh saya kalau diizinkan tuhan InsyaAllah saya dapat terus untuk fasa kedua yang bakal diadakan di Jason Bay Beach Sedili Johor kalau tak bukan rezeki saya la nampaknya ;)
No comments:
Post a Comment