Wednesday, November 26, 2008

Cerita nasz

Hampir beberap jam lagi saya sudah boleh menarik lafaz lega bukan apa kerana saya dah tidak sabar nak balik rumah dan bersedia dengan pelbagai aktiviti yang telah saya rancang untuk saya lakukan sepanjang cuti semester ini.

Ramai kawan-kawan yang telah mula bercuti sejak seminggu yang lalu kecuali saya yang masih lagi sibuk dengan beberapa aktiviti di Kolej yang baru sahaja tamat kelmarin. Saya memang suka kan aktiviti luar dari rumah sebabnya saya boleh menambah ramai lagi kawan baru dan kawan untuk bersms (sistem pesanan ringkas) kalau tidak duduk membosankan diri di rumah jela.

Alhamdulillah, saya juga telah menyiapkan satu lagu baru untuk kumpulan nasyid Kolej saya iaitu Fitrah dan mungkin selepas cuti ini baru saya bersama Fitrah dan Pengetua Kolej 11 berbincang samada untuk masuk studio untuk di masukkan instrumen atau sekadar arrange menggunakan percussion je. Kalau nak cakap tentang konsep lagu saya cuma membayangkan sekadar menggunakan piano, string gitar dan violin kot. Overall lagu ni memang berkonsepkan balada tapi berunsurkan nasyid dari segi penggunaan lirik nya insyAllah nanti akan saya upload kan lirik nya disini memandangkan sekarang saya masihh lagi tercari-cari tajuk yang sesuai untuk nya hehe.nantikan ye..

Saya juga telah melepasi fasa pertama pemilihan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa kolej saya dan terlalu berharap selepas fasa teori ini saya dapat meneruskan ke fasa fizikal pula seterusnya terpilih di antara 30 yang terbaik untuk menyandang sebagai JKM Kolej 11. Untuk pengetahuan, fasa kedua adalah pada 26hb Disember 2008 sehingga 29 Disember 2008. Sesama kita mengharapkan yang terbaik.

No comments: