Rakyat Melbourne sangat menjaga kesihatan mereka. Mereka lebih suka berbasikal dan berjalan kaki ke tempat kerja. Selama seminggu saya di Melbourne teramatlah susah saya nak jumpa mereka yang gemuk kalau ada pun mereka yang betul-betul obesity. Saya pun cuba mengamalkan apa yang dilakukan mereka berjalan kaki hampir beberapa kilometre sehari perghhh…sangat best! Lagi satu mereka kalau berjalan sangat laju dan cepat mestilah kan sana sejuk kalau jalan lambat angina yang meniup tu akan membuat anda shaking + silap2 flu.
Penggunaan tram adalah yang terbaik sebagai pengangkutan utama di Melbourne untuk menghubungkan antara Bandar, Bandar dan sub-urb, dan sub-urbs dengan bayaran 6AUD satu tiket aksess ke mana-mana secara unlimited untuk sehari untuk mana-mana jenis tram dan bas. Satu lagi yang buat saya agak tertanya-tanya di mana rakyat sana amat kurang menaiki teksi, erm ada sesiapa yang tahu? Sebab ada banyak tram dan bas? Mereka juga ada train bawah tanah?..silap teksi di sana tidak seperti teksi di Malaysia kerana teksi di sana, opps we called it as CAB…. Cab di sana adlah sangat esklusif dan hanya dinaiki oleh golongan yang betul-betul mempunyai kelas ny yang tersendiri. Oleh itu sesiapa yang tidak pernah dan susah nak naik teksi di Malaysia atau limo Malaysia biasa-biasakan lah ya kerana di Aussie cab mereka sangat mahal dan cab mereka bukan seperti kita kereta yang digunakan ada kelas dan mewah kot.
Banyak sangat nak di perkatakan tentang Melbourne… namun saya taw mesti ramai yang sudah bosan dengan penulisan saya ini. Namun bagi saya ini adalah the story of me di Melbourne. Setiap detik dan tika saya di sana saya amat hargai waktu nya dan saya temui satu ketenangan dan kedamaian hati tanpa perlu memikirkan tentang beban hidup di tanah air sendiri.
Insha Allah jika benar 20 orang dari kami akan terpilih untuk menghabiskan pengajian tahun akhir kami di sana bermula penggal 7 bulan September ini akan saya rebut sehabis mungkin kerana jika saya tidak menyahut cabaran bermakna ini adalah kali 3 saya menolak pengajian saya ke luar Negara sudah tiba masa saya keluar dari Malaysia melihat dunia yang lebih luas di kaca mata saya sendiri. Azam dan semangat yang baru untuk fly back to Melbourne.. Jom, kawan-kawan mahasiswa/siswi Pentadbiran dan Pembangunan Tanah berusaha sehabis mungkin kita capai segala peluang yang ada kini buktikan pada mereka-mereka di luar sana kita juga adalah yang terbaik!
Saya sedang merindui jalan-jalan di kaki lima flinders st. dan swanston st. serta franklin st. yang boleh di katakana hampir tiap masa berjalan-jalan di sekitar tempat ini samada untuk mendapatkan makanan halal atau shopping barang keperluan. Rindukan pantai yang mendamaikan serta menyejukkan pertama kali sejuknya hingga buat aku menggeletar...Rindu kan salad-salad segar dan segalanya...bandar yang indah terbaik dari segi senibina. terbaik!
Selamat Tinggal Melbourne buat seketika Cuma ini aku akan ke sana kembali…nantikan ketibaan ku lagi.
TAMAT
No comments:
Post a Comment