Sesudah itu kami di bawa ke satu kawasan animal conservation di sana kami dapat melihat koala, kangaroo, wallaby dan Jacob yg boleh saya katakana sebagai signature of Australia. Haiwan-haiwan ini boleh dikatakan hampir pupus dan perlu di pelihara dan di selenggara sebaiknya…. Mereka sangat comel terutama Jacob kalau di Malaysia mungkin orang akan panggil serigala jadian kot sebab nya Jacob tu berwarna putih coklat….terasa nak bela satu hehe
Phillip Island? OMG…seriously sangat sejuk…not because of the winter tetapi keadaan di sana yg sangat sejuk disebabkan angin laut nya. I’m getting flu. Paling best sepanjang perjalanan kami dapat melihat wallaby-wallaby opps lupa nak bagi tahu wallaby ni spesies kangaroo juga tetapi mereka tidak lah sebesar kangaroo…wallaby ini sangat-sangat pemalu tetapi its easy to approach them. Di phillip island kami ke penguin parade utk melihat penguin-penguin pulang ke tempat asal mereka. Sangat nice because kita boleh melihat ratusan penguin comel ini berbaris untuk pulang ke tempat asal mereka di daratan selepas penat mencari makanan di lautan. Memandangkan waktu kami pergi ini adalah di bulan tiga di mana pada waktu ini anak-anak penguin baru hendak membesar oelh itu parent penguin ini akan turun ke laut pada waktu pagi dan pulang pada waktu senja untuk memberi makan pada anak-anak mereka J
Kemudian balik hampir pukul 11.00 malam di Melbourne baru samapai ke tempat penginapan kami. Satu hari yang memenatkan tetapi puas….
St. Kilda beach? Ini pun salah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi hanya 30 minit dari Bandar Melbourne untuk sampai ke sini. Pantai yang sangat indah baik di waktu petang apatah di malam hari. Di sini juga anda dapat melihat penguin dan rakali yang comel secara lebih dekat kalau anda bernasib baik anda mungkin dapat memegang penguin-penguin ini itu pun jika anda tidak sempat dipatuk penguin-penguin yang comel ini huhu… (saya hampir hilang jari hahaha) saya ke sana bersama my really best friends iaitu Eric kami pergi berdua sahaja memandangkan kawan-kawan lain sangat penat hanya kami berdua sahaja yang mempunyai stamina yang hebat (bagus juga persediaan kami dengan pergi ke gym selama hampir 2 bulan demi Melbourne) kami juag sempat berjalan-jalan di sepanjang pantai st. Kilda yang cantik dan mewah. Mewah? Yup sangat mewah sebab di sana anda dapat melihat rumah kelab dan restaurant yang hebat untuk aktiviti social rakyat Melbourne di malam hari. Di st. Kilda beach juga mempunyai taman tema yang tersendiri dan hanya di buka pada waktu malam pada hari khamis hingga ahad pada musim luruh. Memandangkan taman tema tidak dibuka pada malam yang kami ke sana oleh itu saya dan eric telah berjalan-jalan menyelusuri sub-urb st. Kilda beach hingga kami berjumpa kawasan yang tidak ubah seperti restaurant kaki lima dan street di venice dan itali seperti dalam-dalam filem Hollywood dengan bisikan lagu-lagu country dan jazz even blues kiri dan kanan perghhh… menjadikan Bandar ini sangat hidup dan ceria tidak seperti di Bandar Melbourne yang agak sunyi di malam hari.. jalan-jlan punya jalan sambil melihat hidangan yang hebat-hebat baru kami sedar kami hampir tersesat tetapi disebabkan perjalanan kami berdua banyak di isi dengan perbualan dan gelak tawa maka kami tidak terasa kesesatan jalan kami sedar dan tidak sedar kami hanya tinggal berapa stesen tram untuk smpai ke tempat penginapan kami namun kita tidak ke tempat tinggal sebaliknya kami ke nasi padang restaurant yang terletak di swanston st. untuk menjamu hidangan makan malam kami.
Dockland? South wharf? Dua tempat ini were the best place to be visited and shopping because kat 2 tempat ini adlah letaknya factory outlet yang terdiri pelbagai jenama seperti guess, adidas, nike, Giordano, ripcurl, levi’s, dan banyak lagi kalau anda minat perfume kat sni pun ada ja tetapi sepanjang saya melawat Negara luar (eleh baru g Melbourne dan Singapore, poyo la mamat ni) teruatama untuk shopping perfume saya rasa Singapore juga tempat terbaik untuk shoppnng perfume kat sana murah giler loll… juga kalau anda minat barang-barang sukan yang murah dan berjenama sila ke smith st. yang terletak di sub-urbs Melbourne it takes around 20 minit to get reach over there. Dekat smith st. anda akan jumpa banyak kedai-kedai sukan sperti nike dan adidas serta banyak lagi….menarik kan?
Sebenarnya rakyat di Melbourne lebih suka berbelanja di sub-urbs Melbourne sebabnya di sana adalah lebih murah berbanding di tenagh Bandar nya tetapi apa yang saya dapat maklumkan fesyen nya agak outdated skit. AWAS! Jika anda bukan kaki shopping sila berhati-hati kerana sesetengah barang yang di jual adalah sama harga di Malaysia Cuma berbeza AUD dan RM sahaja. Mungkin anda boleh rugi berbanding untuk oleh itu sila bawa shopaholic seperti saya untuk membantu anda berbelanja J
Satu benda yang buat saya kempunan sangat di Melbourne adalah batang paip di bilik air. Kenapa? Yala kat sana memang takde batang paip amatlah sukar untuk kami orang asia yang ske berbatang paip di bilik air dan tandas terutama sewaktu melabur untuk mencuci najis. Hanya ada tisu tandas….sedih sangat haha sehingga terpaksa menggunakan tempat siram bunga di tandas menggantikan hos paip kami hehe.
Sungguhpun Melbourne itu indah dan bersih serta mempunyai udara yang nyaman namun ditengah-tengah kota cosmopolitan Melbourne ini terletaknya kawasan yang paling hancing di Mlebourne iaitu di berhadapan bangunan Prime Building terletak di Flinders St. dan Yarra River. Bangunan itu adalah stesen keretapi bawah tanah untuk inter-city change. Kenapa hancing? Kerana di situ la menjadi tempat traveller dan pengemis tidur di sisi-sisi stesen tersebut di malam hari.
Sepanjang pengamatan saya juga sepanjang hampir seminggu di Melbourne saya masih dapat merasakan di Melbourne juga mempunyai kelas kasta / status nya yang tersendiri. Hampir 3 4 hari dari pagi ke malam saya berjalan-jalan mengamati kegamuman Bandar Melbourne, saya dapati masyarakat yang berulang-alik, dan yang berada di Melbourne mempunyai kasta hidup yang tersendiri mereka berpakaian berwarna warni dan sesuai mengikut musim Luruh mereka tetapi berbeza dengan masyarakat di Victoria Market kerana mereka yang ke pasar Victoria berpakaian hanya satu dua warna sahaja hanya berjaket biru lusuh dan berbaju gelap dan sekadar berseluar denim. Saya pun bertanyakan pada pensyarah undang-undang saya yang pernah duduk bertahun di luar Negara dan beliau membenarkn kata-kata saya bahawa memang ada perbezaan kasta di Melbourne itu.
Namun apa yang menarik nya masyarakat Melbourne adalah tdiak seperti budaya masyarakat Malaysia yang sangat mengamalkan “budi bahasa budaya kita”. Suka saya katakana di sini ramai kawan-kawan saya yang juga menyedari kata-kata saya, di sini mereka cukup tidak kisah tentang apa pakaian kita, mereka sangat berbeza dengan rakyat kita salah berpakaian sedikit ja habis di umpat sepanjang jalan paling tak best sungguhpun apa yang di pakai itu cukup cantik dan segak namun kalau dapat diumpat memang tak sah sebagai trademark bangsa Malaysia ini. Bahkan bukan sahaja di Malaysia malah terbawa-bawa hingga ke Negara orang lain. Buktinya? Sewaktu kawan saya berpakaian agak kurang sikit dan terjumpa sekumpulan bangsa Malaysia (malas nk ckp rakyat) saya lihat mereka lebih mengumpat tentang apa yang dipakai kawan saya berbanding bangsa kulit putih di sana. Malu saya melihat bangsa saya sendiri…..
cont.....
No comments:
Post a Comment