Tuesday, January 11, 2011

Tolong ingatkan aku!

Assalamualaikum w.b.t

Hanya tuhan yang tahu saat-saat yang harus saya tempuhi sehingga lah malam tadi. Pagi ini setelah dapat keputusan dari doktor saya dah agak mesti ada yang tak puas hati dengan saya. Biarlah ia menjadi tanda tanya saya tak perlu beritahu pada siapa-siapa. Kalau bagitahu pun tiada guna nya. Cuma saya percaya pada hukum tuhan, hidup ini seperti roda tak bermakna aku yang susah aku yang dikenakan apa ka ko terlepas kerana aku yakin ko juga akan merasa seperti yang aku rasa mungkin cara nya berbeza tetapi ko tetap akan terkena. Kerana ko juga aku nyaris di tuduh! Sudah lah ko pergi jauh dari hidup aku, aku tak perlukan ko semalam itu pun aku tahu mesti ada udang di sebalik batu kehadiran ko dekat pusat itu. blah!!!!!! blah blah blah! (aku tahu ko baca blog aku!)

Saya tak tahu hendak cakap bagaimana lagi. Hidup saya penuh ranjau luka dan duri. Namun apa yang saya tahu saya harus menghabiskan lagi 12 hari baki saya harus pergi terapi demi mengurangkan migrain saya ini. Alhamdulillah selama hampir 10 hari saya bersama terapi itu saya syukur saya dapat kawal sakit saya ini, abang, mak, abah jangan risau lagi ya adik/anak kesayangan mu akan sihat selepas ini...(ini janji saya akan baik kembali)

Saya hanya tinggal lagi setahun di sini namun belum pun masuk ke pertengahan semester 6 ini pelbagai ujian harus saya tempuhi. Saya minta maaf jika abang saya masih ragu-ragu dengan perubahan diri saya. Namun saya tidak akan mengalah pada abang saya akan saya buktikan yang saya akan berubah. Saya akan pastikan kata-kata akhir abang sebelum kali terakhir kami berjumpa sewaktu abang menghantar saya di Kuala Lumpur akan di tunaikan. Saya akan berubah jika itu sahaja cara terakhir yang mampu mengukir senyuman abang saya dan abang saya kembali seperti dahulu. Adik akan buktikan abang!

Semester ini juga saya di uji dengan subjek-subjek yang sangat berat. Saya juga harus bertanggungjawab untuk memastikan program penyelidikan kami di Melbourne, Australia menjadi kenyataan. Pada bulan 3 juga saya terlibat secara langsung untuk merancang makan malam jurusan saya. Memandangkan pada bulan 3 dan 4 ini banyak makan malam untuk jurusan fakulti mana lah tahu jika ada rezki lagi seperti sebelum-sebelum ini mungkin ada pihak yang mengambil saya sebagai penghibur makan malam mereka. Jika ada rezeki jika tiada pun tak pe saya pun dah tak larat lagi memandangkan migrain saya menyerang tak tentu masa.

Ini pun selepas uruskan hal pasport dengan kawan saya sesampai di bilik saya hampir pitam dan muntah-muntah mungkin efek dari salah makan ubat malam tadi kot. Kadang-kadang saya hampir give up dengan cabaran dan dugaan ini namun saya tidak akan mengalah saya harus kuat jika saya mengalah saya pasti abang juga akan mengalah, jadi saya harus kuat! Saya harap tiada apa yang teruk selepas ini saya tidak mahu lagi ke Hospital! saya yakin program terapi yang saya ikuti ini akan ada hasil yang baik. Doakan saya. Saya tidak lagi mahu menyusahkan keluarga saya terutama mak dan abang saya.

Kepada abangku, usah dikau ragu lagi terhadap aku! Percayalah akan ku buktikan padamu adik mu ini sudah berubah namun aku perlukan bimbingan mu, tolong ingatkan aku! agar aku tidak pernah lupa tiap kesilapan dan perbuatan aku! Aku juga bukan manusia sempurna adakala aku cuba menjadi sesuatu tetapi aku juga sering lupa aku tidak mampu menjadi seperti itu tetapi akan ku cuba dan terus cuba! Atas itu diciptakan tuhan seorang abang dalam hidup ku agar engkau sentiasa berada di sisiku menegurku jika ku salah, memarahiku jika ku terlanjur dalam tingkahku, menasihatiku untuk kembali pada landasan sebenarku, bukan menjauhi ku bila kamu gagal mengajar ku erti hidup kerana hanya insan yang lemah dan tidak matang akan berkelakuan sebegitu. Aku tahu engkau abangku! Engkau dicipta untuk menjadi pejuang keluarga susah dan senang kau sentiasa bersama kami! engkau sudah cukup terbaik bagiku tanpa mu aku tidak berada di atas bumi ini, tidak mampu bernafas dan berjuang untuk hidup di dunia ini! Aku bersyukur ya tuhan sebesar mana ujian dariMu namun aku tidak pernah rasa susah sebaliknya aku bersyukur ujian itu menguji aku untuk lebih mematangkan diri aku, menjadikan aku seorang insan, seorang anak, seorang adik, seorang abang, seorang teman/sahabat/kawan, dan seseorang!

Tolong ingat kan aku!

salam

No comments: