Friday, November 26, 2010

day 3 - masih begitu

Saya masih lagi tidak bercakap dengan abang saya. Tadi dalam pukul 10.25 malam, abang ada mesej 'salam, tlg jgn bg mak risau kat adik, tlg jg kesihatan. mak fon td, abg cuma ikut ckp mak ja. jgn sampai mak risau'. Entahlah, saya jadi keliru. Saya da pun ucapkan maaf berulang kali pada abang takan lah kerana hal sekecil itu abang nk berkecil hati dengan saya sampai berhari-hari.

Saya akan sentiasa beralah dengan abang tetapi takan lah abang sedikit pun tanak beralah dengan adiknya sendiri. Hanya abang sahaja kunci untuk buat saya akan ok kembali,hmm
Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal pada Allah moga dibukakan pintu hati abang saya. Dan saya juga berjanji pada abang saya yang saya tidak akan ulangi kesilapan yang lalu lagi. Saya sedar kekhilafan saya. Saya sangat sayang pada abang saya.

No comments: