Seperti biasa dikala hati tak menentu, jiwa aku resah macam oarng gila, pemikiran aku meracau macam mangsa histeria, perasaan aku meronta bak pesakit jiwa melonjak-lonjak dalam bilik kurungan dan bermacam lagi... Aku akan keluar membawa diri sejauh yang boleh tanpa memikirkan sesiapa dan apa masalah yang aku alami.
10.oo pm aku meminjam EGO adik sedara aku dengan sweater kesayangan pemberian abgku, terus ku sarung di badan ku lalu ku pecut motor selaju mungkin jauh meninggalkan rumahku. Aku berasa puas dan pertama kali sepanjang perjalanan setiap kali aku berhenti aku akan menyembut 'astaghfirullahala'zim...' berulang kali. Aku tak tahu kenapa? Apa yang aku tahu tatkala dan saat ini tiada siapa yang mampu menenangkan jiwa aku jika aku terlalu high. Sudahlah badan aku semakin panas dan demam aku bertawakal banyak pada Allah moga diberi petunjuk kebenaran pada aku.
Hatiku bergitu kejam mengatakan 'jika aku salah andaianaku, maka matilah aku dijalan raya' mengucap aku mendengar kekejaman hati ku. Namun, aku yakin kekuatan aku sentiasa ada kerana dia lah selama ini berada di sisi ku, tak kira pada waktu apa dan bila, walaupun jauh dia akan bersama aku untuk membantu dan menenangkan jiwa ku.
lantas lirik ini melalui lorong jiwaku:
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi
Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu
Ya Allah…
apabila ku melalui Jalan OUG hampir ke sisir Plaza OUG...kdabo0om.. motor merempuh myvi. pergh terbalik dan berpusing motor tersebut, myvi tu trus selamber dek je g. Aku hnya mampu 'subhanallah..Allahuakbar..' sekuat nyawa. Ya Allah sudahlah hatiku tidak kuat pada malam ini, apatah jiwaku yang tidak menentu lagi. Selamatkan perjalanan ku...
10.30 pm aku tiba di sisr jalan ke MSN. Ya Allah sekali lagi kancil yang hampir remuk bertemu dengan kereta mewah dan proton..ya Allah apakah semua ini?
Aku dengan kental berlalu lagi tak sampai 5 minit satu lagi kemalangan kali ini lagi ngeri....ya Allah, ya Allah...pajero bertemu teksi dan apatah lagi....bayangkan di persimpngan nak turun ke the Mines aku leh terlelap sekejap mungkin penyakit aku datang lagi..aku nampak kereta berdouble dan motor berdouble-double aku perlahankan motor dan 'subhanallah..allahuakhbar' tak sempat untuk mengucap pun, alhamdulillah aku menetapkan jiwaku lalu aku berlalu pulang ke rumah sahaja. Aku membatalkan niat aku untuk merayau mungkin sampai ke kajang atau lebih jika diikutkan selagi aku mampu seperti membelah lautan lori gila dan kereta histeria di speanjang perjalanan pergi dan pulang ku ke pasir gudang puasa lepas, setahu aku budk UTM mana berani nk g Psir Gudang naik motor tetambah tengah-tengah malam.
Sesampai di suatu simpang aku terdengar satu bisikan mengatakan 'alangkah bagus kalau kau(aku) yang kne langgar tadi atau kau (aku) sengaja buat kene langgar, pasni mesti semua orang yang pernah lukakan hati kau akan jaga kau sbaiknya akan paham apa yang kau nak dan apa sahaja malah aku(bisikan) yakin orang yang dah lama wat jiwa kau menderita dan menjadi sebegini akan datang melutut pada kau(aku).............' terdiam aku. Allahuakhbar...itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.
'aku tidaklah sebodoh dan sehina itu untuk mendapat belas kasihan manusia apatah menagih kasih sayang manusia, dan aku tidaklah sekeji itu menzalimi diri aku sendiri membiar diriku dilanyak kereta atau treler, aku tahu di mana silap dan di mana betul aku, dan aku tak kan pernah memikir kesalahan orang padaku biarkan lah...aku dah penat menderita seorang diri..membunuh jiwaku 4 tahun...selama ini pun aku bersendiri, 4 tahun aku buang segala ego aku menangis untuk seseorang yang padaku dia tidak pernah dengar dan paham betapa ku sangat risau dan kasih akan ikatan persaudaraan antara aku,dia dan keluarga kami, aku buang segala air mata sia-siaku untuk seseorang yang tidak pernah dengar akan kata-kataku yang tidak pernah jujur memberi kasih syang nya padaku, kini apa yang kudengar dari seseorang bahawa insan ini baru menyesali dan berterima kasih akan kata-kataku maaf sudah terlambat untukmu, kau pohonlah maaf pada abah dan mak dulu...selepas epilog sepi itu berlalu pelbagai jenis 'kawan' yang datang untuk memberi secupak kasih, mereka datang dan berlalu pergi sesuka hati kekadang aku yang buang mereka kerana tiada kepentingan padaku..sehingga jiwa aku dilitupi kabus hitam hingga datang seorang insan yang berjaya menyucikan nya walaupun aku goyah dan takut peristiwa lalu berulang namun aku nekad itu yang terakhir, mungkin kata-kata ini selayak untuk aku biar aku dibonekakan oleh sesiapa pun tuhan maha kaya, anda buat aku sebegini kelak tuhan balas anda dengan pentunjuk selayak untuk anda, hatiku dengan payah ini menerima kasih nya dengan sedikit demi sedikit, aku tidak berani terima sebulatnya 4 tahun bukan seperti 4 hari atau 4 jam, aku hadam dan aku telan satu persatu dan perasaan kasih ku pula terbit hingga kini aku yakin beliau ikhlas dan berpegang pada janji nya yang beliau tidak mungkin sperti insan yang pernah buat aku dan keluarga aku rasa terhina... hari demi hari aku perbaiki kesilapan aku ada yang boleh diubah ada yang sukar diubah namun aku sanggup bertatih sedikit demi sedikit untuk mengubah nya. Sejak akhir-akhir ini air mata aku seperti begitu murah mengalir, jatuh membasahi pipiku...bodohnya aku! kenapa! kenapa! kenapa! namun segalanya ikhlas, aku menangis kerana aku tanak perkara lalu berulang lagi, aku nak menjernihkan segalanya kembali .... ya Allah aku merayu bolehkah engkau padamkan terus umat-umat yang selalu menjadi benteng untuk kami terus bahagia, aku sentiasa sedar jika masuk ke bab ini mesti pengakhiran nya adalah sebegini....aku buntu! adakah aku harus membatu dan mendiamkan diri sahaja. Adilkah untuk aku begitu shaja! entahlah mungkin selepas ini aku hnya mampu membatu shaja. Siapalah aku..ego aku tidak sehebat ego insan ini apa-apa pun aku harus terus mengalah, dulu aku pernah jadi api dan lawanku juga api, kini biarlah aku jadi api atau air mengikut setiap ukuran masa memerlukan. Bahaya nya jika ikutkan hati...bahayanya jika jiwa menguasai diri.
Mungkin ada sebab kenapa insan ini mengelak bila aku bertanyakan '3 sebab kenapa, insan ini perlu mendelete mesej itu' 'mungkin ada sebab kenapa insan ini menipu aku sejak semalam (kali kedua orang kedua yang aku sayang menipu aku selepas 4 tahun lalu) mungkin insan ini takut jika beliau berterus terang aku akan terus menghalang beliau atau lakukan apa sahaja...jadi langkah terbaik berdiam diri cuba cari alasan agar aku tak tahu insan ini di mana' 'cuba jujur...sebaliknya masyAllah yang aku terima...' Pertama kali insan ini pergi berjumpa umat-umat cam ni seorang diri! aku risau gila, selama ini akulah peneman nya tapi kenapa kini g seorang diri, cakap duit tade, kata masa tade la tup tup tup ...mungkin insan ini hendak menenangkan diri tetapi dengan dia? mungkin ia insan ini g sana jumpa umat itu atau tidak atau insan ini g sana tp berseorangan....entahlah hnya Allah yang mengetahui, hati ku hnya kuat mengatakan insan ini g sana apa yang berlaku, tuhan lebih mengetahui. ya Allah ujian mu ini besar sangat, aku tak mampu lalui nya seorang diri....lindungilah insan ini sehingga selamat pulang ke destinasi sebenarnya
Aku mensyukuri satu sahaja pemberian tuhan iaitu aku ada keyakinan yang kuat terhadap naluri aku. Setiap apa yang naluri aku dapat baca selalu nya sentiasa tepat maka tiada apa yang dapat lari dari aku. Aku yakin insan ini takan lupa apa pesanan dia pada aku dan insan ini juga mampu melaksanakan nya
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh... sudahlah aku malas pikir lagi bagi aku ruang, banyak lagi aku nak pikir banyak lagi perkara yang aku kena pikir! esok lusa semua ini akan berakhir! Insan ini pun begitu berat melalui segalanya, aku sendiri terkelu lidah terkaku perbuatan melihat insan ini menangisi akan ukhwah kami, sayangnya insan ini pada ikatan ini dan aku juga begitu jua. Yelah bukan senang nak jumpa insan sebaik aku kalau setakat isu ini takan la nak dipanjang-panjangkan betol tak? tak melibatkan nyawa atau mati pun! semua ini ujian tuhan menguji sejauh mana janji kami akan dikotai dan persaudaraan kami... ujian untuk ukhwah kami, Allah tidak pernah berhenti menguji insan-insan yang di sayangiNya,tetambah ikatan sekuat ini, melalui ujian sebegini adalah yang terbaik! hanya ikatan persaudaraan dan uhkwah yang teguh dan kukuh dapat menangani nya, lagi pun orang kata air yang dicincang pasti takan putus, yakinlah nasz! dan pengajaran tadi 3 kemalangan cukup mengajar aku erti terhad nya hidup.. aku diberi peluang dan kini aku di peluang kedua maka aku harus manfaat kan sepenuhnya, lagi aku pun dah berjanji baik buruk, sebarang kekurangan dan kelemahan aku tidak akan peduli, aku pun tidaklah sempurna mana pun... kehidupan ini saling melengkapi menampungi segala kekurangan dan kelemahan. apa yang pasti aku akan jaga hubungan ini! Itu sudah pasti dan aku berjanji! Jika ada sesuatu terjadi pada insan ini aku tak teragak-agak untuk melakukan sesuatu biar lah nyawa bertaruh nyawa aku sanggup lakukan apa sahaja demi mencari kehidupan yang lebih baik!'
Kau wahai iblis laknatullah! jauh kau dari terus berbisik di telingaku... kau tak layak memberi panduan untuk aku hidup! Mati nya aku bukan engkau penentu dan kau bukan takdir bagi diri aku! hidup matiku kerana tuhan yang Satu dan aku tanak insan-insan yang pernah dan menyanyangi ku menangisi pemergian aku disebabkan bisikan kau, wahai iblis!
Aku terus pulang ke rumah dengan kepala yang makin berat harap-harap perkara yang berlaku kat rumah abang, sewaktu aku kepeningan berlaku kat rumah aku, aku tanak mak abah perasan apa-apa pun tentang aku. Selamat hari raya mak, abah, adik-adik ku, abangku dan kawan-kawanku. Insan ini lemah tiada daya nya jika tiada anda semua!
coretan ini berakhir 2.00 pagi, aku harus menulis aku tiada tempat untuk mengadu...aku tidak kisah apa orang nak kata tentang aku! aku adalah aku dan aku pemandu untuk hidup aku dan korang bukan instructor nya, hnya Allah instructor yang mampu memebri aku petunjuk sewajarnya.
p/s: aku berharap hukuman kali kedua ini bukan lah pengakhir segalanya yang sekian kini telah dibina...kata-kata beratnya menjaga persaudraan memang daku akui susah, pernah ku katakan dahulu aku takut inilah yang aku takut sbenarnya permasalahan seperti ini, sebab tu perlulah jujur dan ikhlas dalam persaudaraan namun ingat lah tuhan adalah yang terbaik walau apa pun, nasihat untuk diri saya dan orang lain juga. Memang susah nak jaga habluminnannas ini apatah habluminnallah yang belum termampu kita jagai tetapi bila dapat atasi nya kita akan berasa ya Allah manisnya nikmat yang kita hadapi ini, dan orang lain tidak menghadapi seperti ini ,bersyukur kerana tuhan itu sayang kita maka diberi kita ujian sebegini. Hanya kata-kata sebegni sahaja dapat ku pujuk hati ku agar terus berfikiran positif dan berfikir ke depan...ya Allah kini segalanya ku berserah padaMu. pe pun ku berharap pada mesej seterusnya seperti yang di janjikan! aku terus menanti dan menanti seperti selalu sejak 4 tahun lalu...sudahku kata 'kan ku pujuk hatiku...beginilah caranya, biar lah sepahit dan seperit mana aku yakin di depan nya ada semanis-manis nya nikmat yang di cari..amin'
salam Syawal!
No comments:
Post a Comment