Assalamualaikum w.b.t
Sedar tak sedar kita telah pun melepasi bulan Ramadhan, bulan di mana setiap muslimin dan muslimat berperang dengan masa demi mencari keredaan dan keberkatan Ramadhan serta menambah baik amalan kebaikan. Kini menjengah pula Syawal yang dinanti setelah berpasang baju raya di tempah dan berjenis-jenis kuih/biskut raya di oder/buat anda.Syawal ke-3 & 4 merupakan Syawal yang amat sedih bagi saya, pelbagai cabaran dan dugaan harus saya tempuhi. Buat insan yang paling saya sayang dan orang yang saya kira paling rapat dengan saya; Percayalah diri ini telah banyak berubah terutama perkara yang insan ini paling khuatir saya ulangi kesilapan lalu itu. Ramadhan yang berlalu ini banyak mengajar saya erti menilai sebuah kehidupan. Kekuatan dan sokongan insan ini yang berterusan tanpa mengenal jemu insyAllah akan menjernih kan segala kesilapan lalu saya...(bunyi cam besar je kan haha)
Perkara pertama terpacul keluar dari mulut saya Astagha...itu sahaja yang mampu saya ungkapkan. Sedih tak terkata apabila insan ini mengatakan saya selalu duk fikir yang insan ini adalah *&^$#. Sedih sangat..tidak pernah terlintas walau sedikit pun atau terterbit sedikit pn dari hati atau fikiran yang insan ini seperti itu. Cuma saya sedikit risau akan kawan-kawan yang dikenali nya melalui laman web sosial yang femes itu. Saya memang risau kadang-kadang nak sahaja saya call/sms diorang apakah naawaitu dorang sebenarnya? berkawan atau sebaliknya; ada udang disebalik batu. Saya kenal benar insan ini namun hanya hal ini sahaja saya seolah-olah tidak bisa menelusi kehendak dan isi hati nya. Saya tahu benar insan ini memang ikhlas untuk berkawan apatah saya tidak pernah melarang pun malah apa hak saya untuk menghalang privasi seseorang... namun kawan sebagai mana yang harus kita cari dan harus kita betul-betul buat kawan, terus terang saya da serik sebab saya dah pun melalui nya alhamdulillah insan ini berjaya menyedarkan saya dari terus lena dan alpa dengan kefanaan dunia ini.
Perkara kedua yang menjadikan saya begitu sedih bila insan ini betul-betul menekan kan yang selalu berfikir kan insan ini adalah *&%%$. Saya sedikit pun tak pernah terbit di hati memikirkan seperti itu cuma saya takut kawan-kawan yang insan ini terlalu tegakkan benang yang basah itu sahaja jika diberi peluang pada mereka dorang pasti menonjolkan perwatakan mereka sebenarnya. Saya yakin satu hari nanti insan ini akan berterima kasih dengan saya bahawa apa yang saya kata kan adalah benar namun jika saya salah saya rela di beri hukuman setimpal namun sepanjang saya mempelajari dan meneliti perwatakan dan watak umat-umat ini saya yakin dan teramat yakin andaian saya tidak pernah salah!! Berhati-hatilah jika itu pilihan anda! Tetapi ingat jika saya mengetahui dorang melakukan sesuatu pada insan ini yakin lah walaupun aku tidak dikurniakan urat sekeras besi, lengan sebesar malek nor dan badan se-fit- arnold schwarzenager namun aku mempunyai akal setajam dan sehebat Dr.Mahathir(insyAllah) selama mana aku melakukan sesuatu tidak pernah fail tidak pernah tidak menepati/tersasar seperti apa yang aku rancangkan. Teringat kata-kata nadia "selama saya kenal nasz lah kan..rasanya dari segi strategi dia dia cukup bijak.mungkin awak kena perhati betul2.kadang2 kita tengok dia tak peka pada suatu keadaan tapi sebenarnya dia tau apa dia buat...."


No comments:
Post a Comment