Monday, September 20, 2010

Asam Garam

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba saya menyepi seketika di alam maya tanpa sebarang update status di Facebook dan juga tanpa sebarang post terbaru di blog ini. Ada yang tanya pe yang berlaku pada saya sepanjang minggu lepas dan ada juga yang bertanya pe sakit yang saya alami?

Hmmm. macam artis lak kan. Walauapapun, saya minta anda semua doakan kesejahteraan saya selalu ye. Banyak sangat yang berlaku pada last week. Banyak juga perkara yang baru saya pelajari tetambah dalam mengenali dan memahami seseorang yang kita kasih dan sayang jika kita betul-betul ingin lihat kebahgiaan itu kekal hingga akhir hayat.

Kehidupan kita ni biasalah tidak pernah lali dan leka dari sebarang masalah. Teringat pada kata-kata seseorang yang sudi memberi pandangan pada saya sepanjang saya tengah kebingungan last week 'kehidupan kita ni memang cam ni kadang-kadang kita di atas kadang kita di bawah'. Paling penting jangan mudah mengalah dan hadapi dengan tenang! Amalkan dengan menyebut isgthfar banyak kali jika anda tidak tenang atau ter-laku kesalahan insyAllah hati anda akan sedikit tenang.

Sedangkan lidah lagikan tergigit betul tak? Siapakah kita ini untuk memastikan tiap hubungan yang terbina itu tiada pasang surutnya. Paling penting salah seorang itu perlu lah jadi air janganlah keduanya jadi api maka makin marak lah api amarah dan kesudahnya tiada mungkin api akan tenang kembali dan malap. Tetapi tak best juga kan kalau ada perhubungan yang di bina namun sepanjang masa mesti ada je gaduh-gaduh dan masam muka. Jawapan nya mudah sahaja ini kerana tiada persefahaman antara satu sama lain. Apa sahaja hubungan yang ada atas dunia ni mesti lah ada persefahaman antara keduanya...sayang sahaja tak cukup jika anda tak faham dia maka apalagi duduk semeja banyak2 kan berbincang tentang hubungan anda ye......

Baru-baru ini saya terlupa wish beday seseorang yang saya cukup kenali dan sayang nya. Seingat saya saya telah pun wish hari lahir nya. Namun setelah menelefonnya dan di beritahu perkara sebenar maka saya pun akur jika itu silap saya. InsyAllah next dating saya bawa anda di tempat yang special ye :)

Setiap orang perlukan ruang? Ruang apa? Untuk tidur? untuk bermain? maksud saya di sini ruang hak dan privasi masing-masing. Kita mungkin tak boleh jangka dan boleh jangka apa yang berlaku terhadap sesorang itu. Mungkin kita rasa kan, kita mampu membantu si dia namun si dia rasa mungkin si dia tak ready untuk berkongsi dengan kita. Jadi peranan kita di sini patut beri peluang pada si dia untuk lakukan yang terbaik untuk diri dia, dengan membawa diri untuk menyendiri ke atau lakukan sesuatu ikut kehendak nya. Manalah tahu tiba satu masa si dia rasa dah ok sedikit maka dia akan mula berkongsi dan bercerita pada kita seperti biasa. Tiada apa yang perlu di sembunyi jika dah sayang betul tak? hidup ini satu perkongsian baru lah akan lebih bahagia kelak.

kita mungkin nak sangat lihat sesuatu perubahan yang di rencana kan itu berjaya, betul tak? Kadang kita mengharap ia akan berjaya namun kadang kita rasa susah nk berjaya. Apa yang penting jangan mengalah. Biasalah segala yang datng itu adalah halangan adakala kita mampu menepis namun adakala kita sukar menepis nya tetapi kita tettap juga berusaha sedaya mungkin. Jika anda insan seperti saya ucapkan tahniah! sesusah mana pun tiada yang mustahil untuk anda, biasalah susah sedikit beb insyAllah dengan izin Allah pasti perubahan itu dapat dilakukan hendakNya. Saya mampu! saya boleh! walaupun kdang-kadang kala saya terasa sedikit goyah namun jangan mudah mengalah betol tak!!

Ada orang hendak berubah kerana sesorang tetapi janganlah yang menyuruh seseorang berubah tu pula makin menjadi-jadi perangai nya atau dia pula nak lebih-lebih hehe. Biasalah tu manusia tiada yang sempurnakan. Nasihat-menasihati lah sebaik-baik cara meningati antara satu sama lain. Manusia tu memang tak sempurna sebab tu di suruh kita mencari seseorang yang leh guide dan bantu kita jika anda dah milikinya jaga dan semai nya dengan sebaiknya....

SAYA SAYANG AWAK! saya rindu dan sayang adik saya! i love you my dear! saya sayang gile kat mak saya! adik rindu akak! jarang benar kan kita atau sesapa yang membaca ini menerima sms atau panggilan ke apa untuk mendengar ekspresi ini terus dari mereka-mereka itu. Adakah perasaan mereka ni sama seperti kita berperasaan pada kita? cinta, sayang, rindu ni subjektif dan dah tentu cara meluahkan nya juga berbeza. Namun jika si bf me-sms si gf 'i love u awak' dan si gf tak balas jangan kata dia curang lak. mana la taw dia ada cara lain nk luah kan rasa tu kan. Seperti mak saya, seingat saya mak saya tak pernah la cakap mak saya sayang saya sebaliknya bebelan je yang saya terima namun cara mak saya membesarkan saya dah cukup menunjukan rasa sayang itu. Jika ada yang gentle menyatakan syg atau rindu pada anda, maka hargailah ia :) abg sya pernah berkata kat saya dia rindu sya itu pun sekali sepanjang saya kenal abg sya ini. Abang berkata sebelum abg berangkat ke vietnam...saya sengat terkejut dan terharu. Susah nk dengar dari mulut abg saya ni berkata cm tu. Tapi saya sangat hargai nya dan kekal diingatan sampai skunk hehehe

Saya teringat suatu pengalaman saya dan kawan baik saya. Pernah dia cite kat saya yang bf dia tidak pernah menulis sms atau melafaz sayang atau rindu pada dia. Tetapi pada kawan-kawan nya even teman istimewa nya leh pula di sms berkali-kali sayang dan rinu pada mereka, paling si gf ni jeles siap tulis kat post FB haha tergelak-gelak saya baca tapi saya paham akan perasaan gf nya itu. Saya nasihat dia mudah je 'janganlah kau risau selagi dia ingat dan hargai kau bermakna dia sayng lah kau...jika dia pun wat endah tak endah ngn kau paham-paham je la.. tapi kau jangan ngalahkau sendiri perlu tunjuk kan syg kau pada dia biar dia tahu sekurang-kurang nya bila dia nak curang ngn kau dia tahu kau tetap syang dia walau dia cm ne sekalipun wat kat kau....' hidup ni memang sangat rumit tapi hayati lah dengan penuh kesyukuran tiada kehidupan tanpa masalah! nak berkapel pun susah! apatah hubungan lain yang ada di atas muka bumi ni kan...

Banyak sebenarnya nak di cakap tentang asam garam kehidupan ini. Ingat mengingati dan nasihat menasihati menjadi intipati asas untuk pastikan kehidupan ni lebih terarah. Jangan pernah jemu dengan kehidupan anda! Kerana ada bahagia yang anda belum jumpai lagi... apa yang berlaku adalah sebahagian dari rencah kehidupan. Baik buruk yang anda hadapi adalah satu misi dan amanah yang harus anda galas sebaik mungkin.

apa pun saya bersyukur buat insan ini kerana sentiasa percaya pada hubungan yang telah kami bina ini. Moga dengan berkat Allah hubungan ini mendapat keredhaan dariNya. Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang terasa sangat sempurna walaupun adakala payah tapi saya bersyukur sekurang-kurang nya saya merasai kesempurnaan ini walopon zahir nya banyak kekurangan nya. terinagt lagu hijjaz (syukur pada Nya).
Warna-warnikan kehidupan anda...hargai kehidupan bersama insan tersayang:)

1 comment:

name sy... said...

" setiap peristiwa ada rahmat & hikmah yg terselindung..semuanya dtg dr Allah..Dia sengaja menurunkan dugaan kpd kita utk menguji kesabaran kita..maka, ksabaran itulah yg akn mnunjukkan keimanan kita kpd-Nya..di situlah Allah akn menilai ketaqwaan stiap makhluknya..." =)...