Saturday, August 21, 2010

Untuk dia

mood : tak menentu

Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan semua... Sungguh pantas Ramadhan berlalu hingga sukar untuk kita menikmati lebih lama akan Ramadhan itu. Bagaimanakah puasa anda? cukup? Alhamdulillah kalau cukup kalo yang perempuan tu yang da start guna tiket 'postpone puasa' siap sedia untuk kira hari ye hehe...

Agak lama saya tidak pulang ke rumah rasa rindu pula kepada mak saya. Maklumlah kesibukan kebelakangan ini hinggakan puasa pertama pun tak dapat balik berbuka dengan mak. InsyAllah jika tiada aral melintang saya akan balik bercuti awal maka boleh lah berpuasa dengan mak saya. Terutama saya merindukan masakan mak saya hehe. Sabar ye mak menantikan kepulangan anak mu ini. Tetiba terasa mood raya datang menjemput pula.

Rindu pula pada adik-adik saya dan abang saya. Lama tak jumpa mereka. Sekadar ber-sms dan telefon tak cukup untuk mengubati segala rindu dan risau di hati. Kadang-kadang terfikir juga kenapa lah saya sambung belajar jauh-jauh kalau dapat dekat-dekat kan best! Namun kesemua itu ada hikmah nya. Kalau tidak cam ni sudah tentu saya tidak akan rapat dengan adik-beradik saya, kalau berdekat mahu bergaduh je bila berjumpa haha. Syukur ya tuhan bila berjauhan ini dan nikmat rindu itu menjadikan aku lebih dewasa dan menghargai nilai kasih sayang.

Manja? Yeke saya manja..
Mungkin ye mungkin tidak. Tidak kisah la orang nak kata apa pun. Pe yang penting saya sayangkan keluarga saya, mak, abah, abang dan adik-adik saya tanpa mereka mungkin siapa lah saya di dunia ni (maaf lah wat ceriat sedih lak, kalau abang saya da kompem kene perli!). Hidup di perantauan kan haha.

Tiba-tiba saya teringat mak saya ada call katanya adik last saya ajak saya pergi shopping raya. Maka lagi la saya bersemangat nak balik raya pada kali ini.

Untuk seseorang yang sentiasa menjadi bunga di hati saya. Moga anda tabah menghadapi Ramadhan ye. Saya da nak cuti raya dah hehe. Duduk la sorang2 kat sana haha...Belajar elok-elok jangan nak malas je.Hehe.

Untuk kengkawan saya. Korang-korang semua aku mintak maaf la andai kata jemputan berbuka korang ada yang tidak dapat aku penuhi terutama yang mengajak aku ke tempat yang over-budget aku sowi la sangat aku kena berjimat sikit semester ni...Jangan risau next time kte lepak-lepak ok.

Tak lupa kat insan yang sentiasa berada dikala duduk dan bangun saya yang sentiasa memimpin tangan saya selamat beramal dengan sempurna di bulan Ramadhan ini. Adik taw opps adik lak hehe (tetiba nak manja lak haha) owg taw abg pack dengan sesi latihan. Jaga diri dan jaga kesihatan ok. Nanti kite berbuka puasa sama ok.

Salam Ramadhan.

No comments: