Wednesday, August 25, 2010

Give & take

Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah saya tidak mengelap habuk di blog saya ini. Jauh-jauh sikit dari skrin laptop/desktop anda nanti terkena habuk blog saya ini pula. Asyuhhh!! Kan da ada yang bersin... Maaf lah ye..Masa saya agak padat dengan pelbagai tugasan yang harus didahulukan yang menyebabkan saya tidak ter-update blog ini.

Bertuah! Mungkin ini yang dapat saya katakan..Kenapa? Sebab nya kita ada seorang pembaca yang ingin berkongsi pengalaman nya dan meminta pandangan saya untuk dikongsi bersama semua yang sudi membaca blog ini. Tetapi saya da permudahkan nya dan harap anda semua dapat memahami dan sesame berkongsi wadah ini.

Give & take.... memberi & menerima begitulah makna nya setelah di’melayu’kan. Saya nama kan si pembaca yang ingin berkongsi ini sebagai A. A meminta pendapat saya, katanya dia berkenalan dengan seseorang (B) dan menjadi begitu rapat dengan B (seseorang yang A rapat). Perkenalan mereka sangat pantas dan perhubungan mereka kekal dekat hampir setahun.

Masalah : A ini terlalu baik, semua yang B mintak yang B cakap akan di turuti, sakit demam, takde duit, dan apa-apa sahaja pasti A ini akan bantu. Malangnya si B tidak pernah member apa-apa pada B sedangkan terima kasih pun tidak pernah diungkapkan apatah ingin kan pujian ‘kau adalah teman ku’, ‘kau lah sahabat aku dunia akhirat’ , ‘beruntung aku punyai kau’; namun langsung tidak terpacul dek mulut B. Hingga kan pada satu tahap A pula di timpa sedikit permasalahan yang menduga B untuk membantu A malangnya sekali lagi B telah meninggalkan A kerana merasakan A telah menyusahkan B dengan pelbagai perkara....

Tindakan A : menjadi sugul bertindak untuk bersendirian...menjadi takut untuk berkawan. Tidak mempercayai kawan!

Pendapat Nasz : Biasa lah itu dunia ini kadang-kadang begitu indah sehingga kita tidak dapat mengungkapkan betapa bahagia nya kita memiliki hidup begini tetambah dengan kehadiran seseorang tak kisah lah dia itu kekasih, seseorang yang kita begitu sayang, dan sesiapa sahaja yang kita rasakan dia itu begitu penting dalam hidup kita mungkin sebagai keluarga kita. Kadang-kadang itu kita rasa masa itu cukup pantas hinggakan kita tidak dapat merasai betapa seronok dan bahagia bersama insane-insan ini.

Tetapi ingat apabila sampai di uji dengan mehna dan tarbiah dari tuhan di uji dengan dugaan berkasih sayang itu memang kita akan rasa sedikit goyah tetambah lagi apabila salah seorang atau keduanya memiliki satu sikap tidak pernah bersyukur! Jika anda seseorang yang bersyukur maka tiadalah terjadi nya kesemua ini. Teringat saya pada sesuatu hadith kalau salah tolong tergur saya. Makna nya di sini, jangan lihat pada kekurangan seseorang ssebaliknya lihat kepada kebaikan dan kelebihan seseorang itu. Boleh jadi anda tetiba ingin marah dan ingin membenci sesorang itu secra tetiba maka bawa-bawakan diri itu mengenang akan apa kebaikan dan nilai-nilai pershabatan/kasih sayang/ persaudaraan yang dulu pernah anda dan dia lalui bersama.

Berbalik kepada Give & take tadi. Memang terasa sangat bila kita sahaja duk menghulur yang sorang lagi sekadar menyua je. Sangat tak adil! Kita harus ingat jangan perguna kebaikan orang lain pada kita! Manfaatkan kebaikan nya. Mungkin anda tidak mampu memberi yang dilakukan seperti A tadi apasalah nya anda tunjukan dengan cara yang lain. Jika A dalam sakit maka hantar kan A ke hospital ke jaga makan minum A ke. Tunjukan kasih sayang anda itu andai kata ego setebal tembok cina tunjukan dengan cara lain mungkin anda berikan pelukan pada si A jika A seorang yang kurang tabah menghadapi kesulitan. Saya pernah terbaca satu artikel psikologi dimana jika seseorang itu dalam kurang ketabahan tetapi anda lantas peluk dia seerat mungkin sambil memberi kata semangat padanya lantas insane itu akan dapat satu semangat baru kerana dia merasakan ada insane yang begitu hargai nya dan tahu kesulitan nya serta dapat meringankan beban nya walaupun secara fizikal masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Manusia ini memang sukar diduga akan sikap dan perbuatan mereka. Adakala mereka akan begitu baik kadang-kadang dek kerana lupa dan alpa itu yang jadi macam itu. Banyakkan berdoa pada tuhan agar ikatan terbina mendapat keredhaan dan keberkatan dari yang Esa.

Susahnya berkawan jika tidak dapat kawan/sahabat yang betul dapat memahami kita. Namun itu bukanlah halangan untuk anda katakan anda takut/fobia berkawan. Berkawan lah selagi boleh tetapi biarlah kawan yang membawa manfaat dan bukan mudarat! Berhati-hati memilih kawan/sahabat! Terutama yang mempunyai agenda tertentu silap haribulan kita yang sakit akibat sikap/ keburukan kawan itu. Belajarlah untuk memaafkan kesalahan orang lain dan sebaliknya terimalah sebarang kemungkinan yang berlaku adalah datang dari kelemahan diri, saling ingat-mengingati satu sama lain adalah cara terbaik untuk memastikan hubungan akan lebih terarah.

Kepada A, jangan takut untuk berkawan sedangkan nabi begitu mencintai sahabat-sahabat nya hinggakan saya sendiri begitu syahdu membaca kisah keakraban dan kasih syang nabi dan shabat-shabt nya. Agung nya kisah persahabatan sebegitu. Pada A teruskan mencari kawan utk dijadikan sahabt, yang kurang itu jadikan pengalaman dan sempadan bukan dibuat satu tembok ketakutan untuk anda. Selamat Berjaya.

No comments: