Monday, August 2, 2010

Good or Bad Monday

"aminnn..." aku pun mengaminkan doa selepas selesai zohor.

Bayu angin dari luar terus menyelinap masuk ke dalam bilik aku yang agak redup sedikit memandangkan bilik aku letaknya di sebalik pokok-pokok yang agak besar. Lantas kubangun dan menggapai seluar pendekku dan menyambung tugasan aku untuk esok hari.

"tuppp..." jantungku seolah berhenti seketika dan mula menyusuri detik yang telah kulalui sepagian tadi.

"hey boy, you please stand-up and sit in front, i already told you but you still doing the same things bla bla bla...." marah pensyarah Human Resource ku padaku. Beliau telah menyuruhku duduk dihadapan kelas kerana melihat aku bersembang dengan rakan sebelah.

Hatiku dan mulutku ibarat terjahit rapat sekadar meng-iyakan dan menganggukan kesilapanku. Seperti yang aku telah janjikan pada insan yang kusayangi akan kuubah sikap ku yang panas baran ini sebaik mungkin. Namun adalah sukar untuk ku tundukkan ego yang telah dikurnia padaku ini.

Aku tidak mampu buat apa-apa sekadar mendengar beliau memarahi aku dan lain-lain di satu ruang terdalam hatiku sekadar mampu meminta maaf, andai itu kesilapanku tetapi aku ingin jua membritahu bahawa pada saat itu aku ingin memberitahu azi (group member) yang akan membuat presentation seketika nanti agar lakukan mengikut apa yang aku rancangkan. Sudah dikatakan nasib dan aku paham akan polisi beliau "kalau nak bercakap atau nak bersembang please keluar dari kelas atau ganti kan tempatnya dan bercerita pada kawan-kawan" namun aku tidak mampu memenuhi tuntutan itu memandangkan aku dan kumpulanku akan membuat pembentangan sebentar sahaja lagi....

*****

"i'm really appreciate for the ideas and the effort has been shown by this group.." kata pensyarah HR aku pada kumpulan ku yang berbangga melihat hasil kerjaya dan idea kreatif aku dan kumpulan aku.

'aaaaaaaaaaah...' aku mula menarik nafas lega setelah mendengar beliau berpuas hati dengan kerja kumpulan kami seusai kami membuat pembentangan. Aku mula berasa yakin untuk terus berada dalam kelas beliau selepas ini.

*****

"crackkk..." seluar denim slack padini aku yang berharga RM150++ terkoyak sedikit di bawah lutut.

Semua memandang, ahhh...malunya aku tetapi aku masih lagi lagak cool buat tak tahu sedangkan dari jauh dah boleh nampak bulu kaki. Malu-malu. Namun itu hanya pandangan orang sahaja. Aku berlalu keluar kelas secepat mungkin untuk tukar seluar di bilik.

"sabar nasz...." dayang menyapa dari tepi.

"thanx dear" aku membalas. Begitu juga classmate aku yang lain memberi support seterusnya aku berasa sangat senang hati dan melalui kehidupan aku yang seterusnya..

*****

(HAPPY MONDAY)

No comments: