Monday, July 26, 2010

Don't stop believing...

Sejak beberapa menjak ni saya amat menggemari dengar lagu 'Dont stop believing' yang dipopularkan kembali melalui siri muzikal drama Glee yang kini menjadi satu fenomena khasnya remaja.



Jangan berhenti percaya anda adalah.... .

Betulah sebaik-baik manusia itu disebabkan satu alasan, satu sebab, satu punca, satu perkara dan apa jua sekalipun boleh dijadikan sebagai bahan untuk dikatakan faktor kepada kecundang dan putus asa. Semua itu sekadar alasan sahaja. Jangan dibiarkan nafsu mengawal diri masing-masing sebaliknya biarkan akal yang waras lagi sempurna yang kawal perbuatan kita.

Jadi kata kan sahaja ya! saya boleh!
Mission is always possible! Betul, percayalah kalau anda meletakkan diri anda serba boleh maka semua adalah tidak mustahil; Menjadi satu kebiasaan pada kita untuk berkira-kira dengan sesuatu samada kita mampu atau tidak melakukan atau mendapatkan sesuatu. Sudah menjadi perkara wajib untuk kita berundur dahulu barulah kita bangkit dari sesuatu situasi untuk bangkit menjadi sesuatu.

Jangan tidak-tidak...jadikan ya boleh, ya betul!
Sentiasa positif dalam segala usaha dan tindakan. Ada yang berkata pada saya, hidup ini banyak tarikan positif-negatif nya ala macam tarikan magnet tu. Kalau positif di darab dengan postif maka positif hasil nya. Tetapi andaikan kedua tarikan nya adalah berlawanan maka negatif juga jawapan nya betul tak? Memang dalam kehidupan ni biasanya negatif itu lagi banyak dari positif jadi oleh sebab itu kita digalak menjadi seorang yang positif dalam setiap urusan agar kita tidak tersilap memilih jalan atau membuat keputusan. Pemikiran harus waras!

Jangan memberi alasan! Orang berjaya beri banyak jalan...
Kebiasaannya yang gagal ini adalah orang sentiasa bagi seribu satu alasan percayalah.... Kalau ditanya sebab musabab dia gagal atau kalah, alasan nya mudah tetapi dihuraikan dengan macam-macam hubung kaitnya. Jangan jadi orang yang kalah beralasan! Jadi orang berjaya dengan seribu jalan bagaimana nak berjaya.

Berhenti dari berkata orang itu tidak mampu membimbing anda untuk berjaya dengan baik, sudah-sudah berkata pihak itu tidak sehebat/semahir dalam mengurus anda berbanding pengurusan yang sbelumnya. Alasan kan! Menang kalah anda! adalah anda..Ingat dia hanya penentu dan pebimbing anda sahaja. Sebaliknya jadilah seperti orang berjaya mencari jalan bagaimana untuk memudahkan cara dan berjaya. Tahniah saya ucapkan kepada insan-insan sebegini.

Jangan berhenti percaya sesungguhnya ada keajaiban menanti.
Betul benar, memang saya percaya ada keajaiban di sebalik kita yang sentiasa yakin pada diri sendiri. Bukan keajaiban ini datang dari pertolongan nek bunian atau tok jin tetapi keajaiban ini adalah hadiah dari Allah kepada hambanya yang sentiasa patuh dan tawaduk dalam melaksanakan sebahagian dari tugasan yang diamanat kepadanya. Dont stop believing!

salam

1 comment:

Eddy Ezally Zuraidy Adnan said...

im a glee fans.. skrg pun tngh gune dont stop believing as msg alert tone..

The way to happiness - Believe in yourself, Love others, Reach for your dreams, always think positively & keep your head high :)

Believe in yourself you have the control, power, faith, hope, trust, belief & the ultimate love of God.

if you fall, don't give up get back up, if you fail 100 times try again, fail 1 million times still try again... never give up, you cant stay down forever

dont stop believing..

adios ^_^