Tuesday, July 6, 2010

Apabila orang mengungkit!

Kita selalu kan kalau dah rapat dengan seseorang, dah mula ada chemistry dengan seseorang sesekali bila keluar dengan dia sudah tentu kita tidak teragak-agak untuk belanja dia kan. Isu?

Yala kalau da terlalu kerap sangat dia belanja kita ke kita belanja dia jadi tak salah kalau kita balas balik dengan belanja dia kan atau sebaliknya.



Amik kesempatan? ada kepentingan?

Terpulang pada agenda masing-masing namun satu sahaja nasihat saya kalau anda sayang pada perhubungan apa yang saya pinta betul kan niat dan cuba ikhlas kan sahaja. Kalau tidak jangan sesusah nk tabur duit kat orang lain betol tak?? (baik sedekah ada juga amal yang ko lakukan huhu)



Ada sesetengah orang bila baik akan terlalu baik belanja itu belanja ini, bagi itu bagi ini, sampai kan ketiak busuk orang tu pun nak tatang kata wangi (ada ke owang cm ni? ) tetapi apabila bila tetiba ombak bergelora sedikit mula lah ungkit itu ungkit ini... (manusia ke pe ni?) tak elok mengungkit ni.

Sebab itu saya suruh anda ikhlas apabila ikhlas maka tade la ungkit-mengungkit dikemudian hari nanti. Jangan ikhlas di mulut di hati cam pe lak hahaha

Walauapapun, saya doakan setiap daripada anda yang mempunyai hubungan istimewa tak kisahlah apa sahaja bentuk perhubungan maka jagalah hubungan itu dan paling penting doakan untuk kebaikan dan jauhilah perkara-perkara yang menjauh atau merenggangkan perhubungan anda.

salam sayang

No comments: