Saturday, July 10, 2010

Andai aku tahu 2

Assalamualaikum w.b.t

Syukur padaMu ya tuhan yang satu atas kedrat dan kasih sayang, perhubungan yang terbina antara saya dan abg saya beserta kedua belah keluarga kami makin kian menyinar. Pada hari jumat yang lalu abg hantar saya pulang ke UTM, skudai memandangkan mak dan abah saya tidak sempat untuk menghantarkan saya ke UTM seperti kebiasaannya. Tepat pukul 7 pm tdi (sabtu) abg pun pulang ke Kuala Lumpur memandangkan abg kena berehat pada esok hari dan menyambung kembali sesi latihan fitness nya pada lusa nya.

"Ya Allah, ku tahu akan kehadiran ku ini, ku tahu akan perjalanan hidup ku ini, siapalah aku yang ingin menentukan sejauh mana aku mampu bertahan meraih segala kasih sayangMu, kasih sayang insan lain, cinta padaMU, cinta pada hamba-hambamu, cinta hamba-hambaMu padaku"

Aku tetap ingin berterima kasih di atas kasih sayang dan segala yang telah abg berikan padaku, menjagaku, menasihatiku, bersama dengan aku tatkala aku tataw nk wat pe di rumah dan segala macam lagi. Insan ini sangat lah baik kadang-kadang aku risau andai ada insan yang ingin mengambil kesempatan yang tidak baik di atas kebaikan nya terhadap orang lain. Ya Allah peliharalah dan jagalah abgku ini agar abg g sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja serta meraih kejayaan yang diimpikan nya selama ini.

Ada kala aku risau jikalau kata-kata aku ini dan tindakan ku ini tidak lah digemari nya. Namun itulah aku, cuba menjadi yang terbaik tetapi ada masa nya aku tidak pasti akan ianya betul atau tidak. Hati kecilku cuba menulusi segalanya harap abg memahami akan apa yang aku cuba ingin kongsikan padanya. Aku ini mudah menyanyangi seseorang tetapi bukan ke semua yang aku sayangi itu akan dapat seperti yang aku betul-betul sayang, berkorban selagi termampu, berusaha sebaik mungkin pada sesuatu, berkongsi segala duka atau duka, dan apa sahaja. Hanya yang betul-betul merasai akan betapa tinggi nya nialaian kasih dan sayang aku akan paham akan tindak tanduk ku.

Aku selalu meletakkan tinggi nya nilai kasih dan sayang itu! Hanya yang sebenar-benarnya layak akan dapat kasih dan sayang setaraf VIP dihatiku itu. Tetapi aku juga tidak memaksa pada orang yang ingin menolak nya, siapalah aku ni kan...errr tetiba cam out of topic lak hehe

Abg, jangan lah duk pening sangat pada Nadia ngek-ngok tu, wat bodoh je kalau sikap nya yang jelek tu agak melampau k, untuk kak Ain lak owg rasa, baik abg sentiasa ingat kan kat Ain akan status abang dengan nya. Abg pun jangan lupa lak sembang baik-baik ngn mak abah abg tentang hbgn abg dengan kak Ain. InsyAllah lambat laun dowg mesti paham nya. Abg gak penah gtaw kat owg yang parent ni mudah memahami anak-anak nya kan:)

Abg ku ni sangat cool orang nya, kadang-kadang aku lak yang takut andai lah aku nya 'hangat-hangat panas baran' ni terover atau kadang-kadang aku takut pula kena marah ngn abg aku ni.

Entahlah, aku rasa berat sedikit selepas berpisah sementara dengan abg tadi, yelah da masuk semester baru kan, abg aku pun mesti sibuk dengan persediaannya ke Vietnam lagi.. Apapun ikatan kami sentiasa kukuh begitu persaudaraan yang telah terbentuk ini baik antara kami dan keluarga kami juga. InsyAllah...
Abang, selamat maju jaya, buat yang terbaik ok... owg yakin abg boleh ny buat dengan baik seperti kebiasaanya.

Aku tahu abg aku ini sebnarnya sangat risau dengan aku namun aku paham, abg jangan lah risau sangat ok, semua nya baik-baik sahaja, kita masih leh berhubung cam dulu-dulu kan cuma nak jmpa tu jelah kalau owg balik kL owg gtaw abg ok. Windu gak nak kuar dengan kawan-kawan abg yang lain, bro emy, safwan dan hafiz. Bile lepak sama-sama tu terasa cam best je masakan tak best nya masing-masing cakap ikut loghat masing-masing, terutama hafiz kalau duk cakap tu kadang-kadang tu susah gak aku nak paham, pekat doe bahasa terengganu nya. Bertuah aku kenali mereka-mereka ini. haha

Bila menulis tentang bab-bab ini terasa macam tak putus-putus idea nya tetapi aku harus berhenti kang ada yang tak larat nak baca dan mana lah tau ada yang cakap aku syok sendiri lak menulis kan hehehe... Ok andai aku tahu apa yang bakal berlaku kelak akan aku lebih berhati-hati agar segalanya akan baik-baiok snetiasa. Namun tidak manis lah hidup ini kalau tiada pahit, manis, suka dan duka nya kan ..hehe

Salam

No comments: