Bukan tajuk sekadar nak provok atau propa sesiapa lak ye.
Ada yang baca surat khabar tak hari ni. Tetambah yang baca akhbar harian Metro mesti paham penulisan saya ini. Menurut akhbar tersebut yang berdasarkan atas kajian oleh pakar-pakar hebat luar Negara, biasalah expertise luar Negara ni memang semua nya hebat-hebat, pelik-pelik, yang kita tidak pakar tu la yang mereka pakar. Dari pakar sebiji durian boleh ke pakar isi durian paling hebat pakar biji durian. Paham tak? Kalo tak tu kategori bebal la tu hak3

Jelas situasi kedua menunjukan masing-masing lelaki di dalam cuba memberikan saingan dan persepsi yang berbagai kerana seorang wanita jelita Bertuah kau si jelita! Cuba kalau kau si hodoh seMalaya! Ada ke depa nak cam tu! Cian korang kan si tak jelita seMalaya (baru Malaya huk3)

Berbalik keyataan pada akhbar tersebut satu kajian dibuat pada kaum-kaum lelaki dan seorang perempuan jelita+seksi (ada macam megan fox tak, paling kurang pun Jessica Alba hehe) di dalam satu uji kaji untuk pemerhatian tahap lelaki terdedah kepada mudah kebolehtahan penyakit, rasanya tak perlu lah saya bagitahu dengan lebih jelas pe penyakit nya kang ada yang tak paham lak..sedangkan saya pun tak tahu pe jenis penyakit nya huhu

Setelah kajian dibuat
Situasi pertama : (si jelita+seksi dikeluarkan) para jantan di dalam tempat kajian tu selamba dek je wat keje masing-masing tanpa sebarang gangguan...(ni la bagus! Fokus! No stress! Pejantan macho kot)Situasi kedua : (si jantan-jantan beserta si jelita cun melecun tu) kesemua laki di dalam tu duduk tak mau diam, sorang duk jeling si jelita tu, sorang lagi lak duk pikir “sesuai ke aku dengan si cantik jelita ni, aku ni sapa la, dia ni sapa la, aku ni drebar lori ja, dia tu paling tak anak menteri Syampu ka, pastu duk jeling jantan tu lak, taw la dia duk smart dari aku hmmm” sambil duk tarik muncung melangit

Yang dikatakan lelaki derita di sini adalah disebabkan persaingan dan persepsi lelaki terhadap si cun tu maka paras kortisol boleh meningkat pastu menjadi merebak dan serius seterusnya boleh menyebabkan keboleh-kena penyakit seperti sakit jantung, lemah jantung, sakit buah pinggang dan pelbagai penyakit kronik! Serius nya bunyi...
Mak aih~ Moral of the stories
Saya tahu ramai sekadar membaca penutup saya je. Walau apa pun, perempuan is perempuan, hot is hot! Jangan tunding jari pada sesiapa sakit susah senang yang derita bukan lah mereka penyebab utama. Banyak lagi faktor lain jika pemabuk+hantu rokok+ kaki perempuan = Mati cepat! Jadi you got my idea rite!
No comments:
Post a Comment