Syurga atau neraka? Senang je nak pilih-milih ni kan... Kalau macam tu pergi lak check out kat mana-mana outlet yang jual tiket ke syurga atau neraka ni. Adoi! Mengong~
Jangan risau ni semua mukadimah sahaja yang paling penting nabi Muhammad sudah tinggalkan 3 perkara yang jadi bekalan kita dan juga kayu pengukur kita di akhirat kelak.
1- Al-Quran & Sunnah
2- Anak yang soleh
3- Amal Jariah
Kalau nak dapatkan syafaat' (kalau silap tegur2 ye) dari kekasih Allah ni kelak bila bumi di akhir usia nya jadi rajin-rajin lah beramal dan berpraktikan 3 perkara tadi tu ye...
Sebenarnya petang tadi saya telah keluar untuk berjumpa kawan lama saya di Mid Valley, kalau nak tahu masuk hari ni sudah 4 hari berturut-turut saya keluar rumah dan balik hampir 9 ke 10 malam (maaf ye mama ku, anak mu ni kaki jalan), hari ini saya bercadang untuk naik Komuter ke Mid Valley, setiba nya komuter tersebut saya pun tanpa menghiraukan kiri kanan terus masuk ke dalam koc/gerabak keretapi tersebut.
Seketika kemudian...
(saja bagi saspens sikit)
Macam biasa lah kalau da keluar area 4 petang ke atas kompem la kena berdiri, orang semua balik keje, berdiri dan terus berdiri sambil cover perut ku yang hampir berbulan ngandung kononnya hak3... tetiba
mak cik 1 - sepatut nya sini semua pompuan je kan ( sambil memerli aku..)
saya - (wat bodoh je...) pe la yang mak cik ni cakap kan??? *kebluran
mak cik 2 - cik jah, cik jah ... (memandang mak cik 1) ko taw tak, ari tu aku kuaq dengan cik kornah, dalam koc cam ni gak, dia duk tangkap pic sana sini pastu siap canang kat radio pasai gambaq dia tangkap tadi kata nya koc wanita ni telah dicerobohi oleh kaum jantan?
(aku termenung...)
lantas melihat keliling..dan aku tersengih sendirian..
saya - baru aku tahu koc ni khas untuk wanita sahaja...* bercakap sendirian
Kenapa la aku tak taw??? Kenapa promosi nya senyap-senyap je. Malu den sebagai lelaki!
Nasib baik ada juga laki-laki di dalam koc tu kalau tidak memang bertebal muka la aku dalam koc tu..SENGAL
******************************
pertukaran platform ke mid valley
******************************
sekali lagi saya di himpit, komuter oh komuter, seketika kemudian..
auntie : its soo terrible...i'm suffering..
anak auntie : yeah maa..aisyooo~ tutt tatt tuut itt ( berbahasa tamil)
maksud nya - maaa, sabar jelah, nanti sudah sampai stesen Mid Valley kte amik teksi saja
auntie - pung pang pung pang...(membebel duk salah kan owg ramai yang berhimpit-himpit, terlalu padat sangat dalam train)
abg gentleman - yeah aci! kalau nak selesa naik teksi ke bawa kete...jangan nak bising-bising dalam sini
auntie - lu jangan kecoh!
abg gentleman - sape kecoh-kecoh sekarng ini..
Komuter oh komuter, pasal ang sume owang duk gaduh...agak-agak leh jadi isu nasional tak? sapa yang duk bertanggungjawab lak?
Pada mak cik, mak cik, akak-akak, ibu-ibu, sabo je la ye, nak cepat, nak selesa naik la kereta sendiri, tersangkut kat tengah-tengah jalan raya lak duk tunggu 'jam' ko jangan nak bising lagi...hmmm
Ada tak komuter ke Heaven ke Hell?? Korang nak naik tak?
No comments:
Post a Comment