Jenuh memikir apa yang hendak diwacana kan di sini tapi sampai sekarang idea itu tidak juga muncul tiba.
"Anda ada tak seseorang atau dua orang atau tiga orang yang anda bahagia bersama nya/mereka?"
"Apa yang biasanya anda lakukan untuk memastikan dia/mereka sentiasa bahagia bersama anda?" dan "Bagaimana anda memastikan bahawa anda dapat/telah membahagiakan mereka/dia?"
Tiga soalan ni pun sudah memberatkan mulut untuk menjawab nya betol tak? Kadang-kadang tu nak kata kita sayang kan seseorang tu pun susah kan, nak bagitahu betapa kita kasih kan dia/mereka pun perit gak kan. Jangan ada yang salah sangka pula akan istilah kasih dan sayang. Pada penulisan lepas-lepas saya ada bercerita tentang makna istilah ini. cari-carilah ia.
Sungguhpun begitu, hargailah seseorang yang begitu menghargai dan menyayangi anda. Adapun dia datang sebagai kekasih, adik/abang/kakak/ibu/keluarga angkat (bagi kategori suka diangkat), dan apa-apa sahaja yang boleh membahagiakan anda seperti barang kegemaran, aktiviti yang di minati, hobi dan sebagainya.
Masa berlalu terlalu pantas kadang-kadang kita tidak tahu seberapa jauh kita ditinggalkan memori dan saat-saat indah bersama seseorang itu. Ikhlas kan diri.
Tatkala anda keliru, duduk dahulu, tarik nafas dalam-dalam, tanya lah diri apa yang anda cari sekarang ini. Sejauh mana perhubungan dan ukhwah yang dibina seterusnya saya yakin anda tahu langkah anda yang seterusnya...wasalam
No comments:
Post a Comment