Hahaha...ceria-ceriakan diri anda pada hari ini? Memaksimumkan expresi kegembiraan anda. Kenapa?
Pertama, kan bagus kalo kita sentiasa ceria dan gembira.
Kedua, bila kita ceria tanda nya kita sihat, alhamdulillah.
Ketiga, amalkan gaya hidup sihat salah satu di antara nya dengan gembira la, sebab tu kita tengok sesowang tu kalo kita jmpa dia selepas 2 bulan tetiba dia berisi bukan tanda nya dia da kawen ke pe tetapi sebab nya kenapa? dia sentiasa ceria! sentiasa gembira! jarang la nak tengok dia 'down' , stress ke pe... Betol kan!
Jiwa oh Jiwa....bukan jiwang huhu~
Makanan jiwa harus diisi dengan perkara yang lebih bersifat spiritual (bukan kepercyaan karut tu la) iaitu yang bersifat kerohanian isi kan nya dengan membaca al-quran bagi yang beragama Islam (bukan pe ada gak rupa nya yang bukan Islam baca blog saya, terima kasih ea) yang bukan agama Islam tu isi la dengan amalan kerohanian mengikut panduan agama masing-masing.
Jiwa itu tenang!
Betul. Jiwa ni selalu dikaitkan dengan ketenangan dan ketenteraman. Kalau jiwa tak tenang, serba tak kena je diri ni dibuat nya kan kan kan. Itu la timbul nya permasalahan tiada mood, gelisah la pe lagi. Carilah sesuatu yang boleh menjadikan diri itu tenang.
Pergilah bercuti sesungguhnya membawa diri ke tempat yang jauh dari rutin harian kita akan lebih menenangkan jiwa bak kata orang-orang pakar kesihatan 'fisioterapi jiwa' hehehe (istilah saya sebenarnya).
Takleh bercuti! Takyah amik masa lama-lama nak pergi bercuti pe salahnya amik masa pergi beriadah ke hutan lipur ke mandi air terjun, jalan-jalan amik angin tepi laut ke apa...Ni la masa nya untuk merelakskan diri semaksimum yang mungkin.
Jangan tidak bermood! Ikutkan mood je nanti akan memakan diri, membunuh diri, membunuh masa depan! Tolak ketepi mood tu. Sesungguhnya cari lah ssesuatu untuk melawan mood yang tiada tu..ok.
No comments:
Post a Comment