
Sekadar suatu perkongsian kepada Micheal Jackson (Jacko) atau Mikael. Apa-apa pun pemergian beliau menjadi suatu fenomena yng penuh tanda tanya dan penuh kontroversi. Yang menjadi kan saya tergerak untuk menulis wacana ini adalah sekadar suatu perkongsian ikhlas yang lahir dari hati dan horizon penglihatan saya ini sementelah hidup 21 tahun ini.
Kematian Raja Pop terkenal yang juga menantu kepada Elvis Presley ini membuat kan satu dunia tersentak dan saban hari ramai yang menangisi pemergian nya. Hebat tak hebat penangan Jacko ini masakan tidak nya hampir tiap hari surat khabar, saluran radio, televisyen dan pelbagai sumber media lain termasuk di internet menjadikan cerita Jacko ini sebagai header mereka. Album-album nya jangan di tanya sudah tentu berapa banyak orang menempah nya semata-mata untuk menyimpan nya sebagai suatu koleksi kenangan untuk tidak mahu melupakan Bintang hebat ini juga sebagai suatu khazanah untuk tontonan cucu cicit mereka kelak. Perkara ini juga terjadi pada keluarga angkat adik saya sendiri yang sanggup menempah keseluruhan album beliau yang hampir berapa ratus sebagai koleksi simpanan. Just a waste!!!
Kini Michael Jackson menjadi seorang LAGENDA dunia hiburan pada usia 50 hmm Kita pun ada bintang Lagenda kita juga seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad tapi apa yang menarik nya tentang kehilangan mereka di Malaysia. Hampir setiap hari kita menayangkan cerita yang sama dan di ulang beberapa kali dalam masa setahun di tv sampai naik bosan nak tengok. Tulisan ini bukan bermakna membenci atau pun merendahkan nilai karya seniman agung ini tetapi entah la, rasanya kita masih ada banyak lagi cerita klasik yang masih belum kesemuanya di pertontonkan pada umum terutama generasi baru. Bukan nya tak best balik-balik cerita sama je. Dan hampir tiap tahun juga kita memperingati kehilangan kedua-dua bintang ini hebat benar, saya syorkan Jacko pun cam ni gak haha (memain je) emmm nasib baik lah hari maulud nabi di sambut dengan penuh meriah kalau tidak tak tahu nak cakap pe hehe..
Okay la saya pun tak nak cakap banyak nanti ada yang berkata pendedahan berani ini boleh menyebabkan orang salah faham. Sebalik nya ia sekadar suatu perk0ngsian dan renungan. Maafkan saya jika sepanjang penulisan ini ada yang kurang jelas atau pape sahaja lah. Namun kita sebagai manusia rasanya tahu bagaimana menjalani kehidupan sebagai manusia dan walau apa pun kita harus terus hidup dan melata di bumi ini seperit dan sesusah mana sekalipun... salam
1 comment:
nasib bek dia dh msuk islam.. he3.
Post a Comment