Assalamualaikum w.b.t
Saya mohon maaf lah kerana agak lama tidak menulis sesuatu yang boleh menjadi suatu penanda dalam kehidupan kita ini. Terima kasih pada ingatan yang selalu menulis by email kepada saya. Baiklah pada kali ini saya ingin menulis tentang pengorbanan. Kenapa mesti pengorbanan?
Sebenarnya hendak berkorban ini bukan nya perkara mudah. Pengorbanan ini bukan nya suatu perkara yang boleh kita tersenyum sepanjang masa. Ramai yang menangis untuk berkorban. Harus jelas berkorban dan pengorbanan yang saya bincangkan di sini bukan bererti kita berjihad di medan perang tetapi berkorban masa, wang ringgit dan tenaga dalam sesuatu pekerjaan. Bila dah penat berkorban kebiasaannya tentu anda ingin lihat kejayaan kan. Dari situ lah baru terbit manis nya pengorbanan dan usaha anda.
Pengorbanan itu HARUSLAH di tempuhi dengan keperitan dan kepahitan kalau tidak kita tidak akan merasai nikmat nya usaha kita itu. Marah, geram, suka, malas, penat dan sebagai nya sifat yang boleh meruntuhkan sesuatu nilai pengorbanan itu adalah kekanggan sikap yang anda harus bijak atasi nya. Saya syorkan baik anda maniskan muka anda dengan senyuman walau seperit dan sesusah mana pun yan paling penting rasional dalam tindakan. Saya yakin setiap pengorbanan itu akan menghasilkan suatu kejayaan yang diluar jangkaan anda. Percayalah saya telah banyak kali melalui nya...tapi setiap kejayaan itu tersimpan pelbagai episod suka duka nya. Please enjoy it.
Sudah nama pun kena berkorban oleh itu berusaha lah sebaik mungkin untuk buat yang terhabis baik dan jangan sekali pun ada unsur-unsur yang boleh mematahkan semangat anda. Biasalah perkara yang berkaitan 'sukarela sebegini' bila-bila masa mampu membuat kan emosi seseorang itu terganggu dan mudah mengalah. Itu yang kekadang kita boleh mendengar ada yang sudah separuh jalan bekerja kemudian melarikan diri tinggal kan kerja dan ada pula yang ambil kesempatan membuat kerja sambil lewa. Hahaha.. memang psiko!!! tapi nama pun manusia yang penuh dengan pelbagai sikap dan kadang-kadang tidak perlu lah kita meramalkan nya sebaliknya fikirkan cara untuk menghadapinya supaya segala pengorbanan kita adalah tidak sia-sia. Kurangkan drama tingkatkan kualiti. Sekian.
No comments:
Post a Comment