Friday, June 19, 2009

DIARI SIREH : Kenapa TRANSFORMASI FANTASIA

Jawapan nya mudah. Saya suka kan perubahan saya suka kan perkara yang berbeza dan mengikut acuan dan cara saya sendiri itu pun bukan kosong sebaliknya datang dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang pernah saya lalui. Banyak yang saya perbaharui dalam Sireh kali ini semata ingin melihat yang terbaik andai kata ini adalah Sireh terakhir bagi saya (mungkin kot..).

Secara telus nya, Transformasi akan jelas ternampak jika anda pernah menyertai Sireh Pulang ke Gagang setiap musim dan kini telah masuk musim ke 5 jaadi amat wajar untuk saya mencuba sesuatu yang lebih baru. Paling jelas saya cuba menampilkan persembahan yang lebih matang pada malam kemuncak Sireh. Anda bakal menilai sejauh mana kebenarannya. Malah saya juga menjadikan setiap objektif ini sebagai garis pandu untuk saya menjadikan setiap yang datang akan rasa berbaloi dan turut merasa transformasi yang kami cuba sampaikan.

Tugas untuk menjadi sesuatu yang terbiasa kepada sesuatu yang dikatakan Transformasi itu bukan mudah! Tetapi saya setelah bersama mengembleng tenaga merobah sesuatu yang insyAllah yang lebih segar yang mengambil masa perangkaan hampir 2 bulan ini diharap dapat memberi sesuatu pengalaman yang baru untuk anda.

Program kali ini saya cuba mengiisikan dengan pelbagai juadah termasuk program berbentuk kerohanian, pengisian ilmu (direct senior & junior), program berbentuk sukan dan hiburan (dinner).

Banyak lagi sebenarnya, anda mungkin nampak dari segi zahirnya tetapi di sebalik tabir nya juga saya cuba menerapkan transformasi itu sendiri dikalangan kami. Saya menjadikan diri saya sebagai seorang abang yang lebih tua dan gerak kerja saya sebagai adik-adik saya dan kami bekerja ibarat satu family dan berkongsi segala suka duka bersama dan gelak tawa yang taak pernah lekang di antara kami. Saya berterima kasih kepada mereka wahai keluarga gerak kerja sireh 5 kali ini kali ini kerana sentiasa sudi menerima diriku ini dan bersama mencipta sebuah TRANSFORMASI... segalanya telah bermula.

No comments: