Sunday, June 21, 2009

DIARI SIREH : KEMUNCAK SIREH

Alhamdulillah, syukur dengan limpah kurnia Nya akhir nya Transformasi yang dijanjikan rata-rata alumni dan hadirin yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung menyatakan kegembiraan dan keseronokan tak terkata mengenai program yang kami adakan sepanjang prrogram ini berlansung sepanjang 3 hari bermula Jumaat hingga ke hari ini.

Pada malam kemuncak program Sireh 5 iaitu Malam Lestari Kaseh memang antara malam makan malam paling terbaik dalam hidup saya. Bukan kerana saya pengarah program nya ek tetapi di atas kerjasama dan semangat kekeluargaan yang ditonjolkan oleh setiap gerak kerja kali ini menjadikan malam sireh musim ini di antara yang menarik dan menyeronokkan.

Jumlah alumni yang hadir pun semakin meningkat, malahan meja-meja yang diisi di dalam dewan pun penuh dan hiasan dalam dewan memang betul-betul menunjukkan 'wedding garden' dengan alunan bau ros bud di segenap dewan memang membuat anda berasa cukup mengujakan dengan sireh kali ini. Banyak feedback yang saya terima pada tetamu yang hadir mengatakan persembahan pada malam itu juga menarik dan nampak kematangan yang telah saya war-warkan sebelum ini.

Saya sedang mencari koleksi gambar menarik sepanjang SPKG 5 berlangsung dan insyAllah saya akan cepat-cepat mengupload gambar-gambar menarik buat tatapan anda semua. Sekian dulu...

No comments: