Assalamualaikum w.b.t
Hampir tiga hari tidak menge'post' sebarang cerita dekat blog saya ni seperti yang anda nampak kat tagline blog saya tu hehe. Hari ini agak terkesima di kelas dan fakulti malah di seluruh UTM bukan apa tetapi semua berbaju berwarna hitam for the whole day.
Pada mula saya ingat kawan-kawan sekelas sahaja merancang untuk memakai warna baju yang sama seperti kebiasaannya sebaliknya pada hari ini mereka memakai baju berwarna hitam adalah untuk menunjukkan rasa simpati pada nasib saudara kita di GAZA. Ha.. saya pun baru perasan tentang perkara ini apabila seorang Chinese boy yang turut berpakaian hitam menjerit 'support Gaza', (thanks for the support too, bro), sambil menunding jari ke arah kami yang berpakaian seraba hitam termasuk saya yang berbaju kelabu duduk di kanan dewan kuliah sebelum kuliah bagi subjek ekonomi guna tanah bermula. Saya amat berbangga melihat kesanggupan budak lelaki cina itu dengan turut membantah kekejaman dan kesadisan yang telah dihentam oleh yahudi dan Israel terhadap umat yang tidak berdosa itu apatah lagi kanak-kanak yang sentiasa berlarian menyelamatkan diri semahu boleh. Fikirlah!
Walaupun Rejim Zionis telah mengundurkan askar mereka namun kesan terhadap kekejaman yang telah mereka tinggalkan tidak mungkin akan memadamkan segala keperitan yang ditanggung oleh saudara kita di sana terutama anak-anak kecil yang masih tidak mengetahui akan apa itu dunia lagi.
Sungguhpun begitu kita sebagai umat Islam yang sayang dan cinta akan agama kita ini jangan mudah mengalah dengan apa jua bentuk perkara yang boleh menjatuhkan maruah agama kita yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment