
Kumpulan 'bawah tanah' mengungguli ANUGERAH JUARA LAGU Ke-23 pada kali ini melalui anugerah utama pertandingan tersebut iaitu Juara Lagu Terbaik dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000. Bertuah sungguh Lagu Untukmu nyanyian indieband dari Meet Uncle Hussin (MUH). Mereka juga telah merangkul anugerah untuk kategori Pop Rock menyaingi kumpulan Estranged melalui lagu Yang Pernah. Namun saya sebagai pemerhati yang tidak diiktiraf merasakan MUH selayaknya mengungguli kategori Pop Rock tersebut melalui persembahan yang cukup mengujakan bahkan suasana persembahan mereka jauh dari yang apa yang saya fikirkan sebelum persembahan mereka bermula. Saya dapat rasakan MUH akan menonjolkan persembahan seperti di gig-gig yang pernah saya pergi namun persepsi itu ternyata sekali meleset setelah melihat persembahan yang sungguh fabulous and incredible yang tidak pernah memane indieband lakukan ditambah lagi dengan ekspresi pencahyaan yang diangkat menjadi tema pada AJL kali ini iaitu ILLUMINASI MUZIK.
Tahniah juga kepada bro Faizal yang pulang dengan RM32,000 (kalau tak silap la..) melalui anugerah Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan kategori Balada. Personally, saya terlalu berharap Sampai Syurga yang menakluki trofi untuk Juara Lagu Terbaik tetapi terpaksa akur juga dengan kehendak juri yang mana mereka lebih saksama dalam menilai. Namun, persembahan Faizal dalam Sampai Syurga memang membuat saya terpaku sebentar dengan persembahan ala-ala nak buat video klip je.
Bagi pemenang lain seperti Farawahida (Persoalan Cinta) melalui kategori Etnik Kreatif juga menepati jangkaan saya memang colourful betul persembahan beliau terlalu awal menyambut Chinese New Year bagi saya hehe.. Artis-artis lain yang turut bertanding pun tidak kurang hebat nya sebab nya saya yakin juri yang mengadili pun pening kepala menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada malam itu.
Berbaloi menonton AJL ke-23 kali ini memang tidak rugi saya tidak pergi ke mesyuarat bersama unit Majalah Kolej 11 haha. Berbaloi juga berebut television dengan Chinese Boys kalau tidak memang tidak dapat saya menonton AJL pada kali ini. Tahniah...tahniah AJL ke - 23..
p/s: berhibur itu biar berpada jangan sampai kita lupa yang lebih memerlukan kita di saat-saat yang hampir mengorbankan nyawa mereka;(
No comments:
Post a Comment