

Filem:
Quarantine
Dibintangi Oleh:
Jennifer Carpenter, Jay Hernandez, Johnathon Schaech dan Columbus Short
Genre:
Seram, Misteri & Thriller
Ulasan:
Menurut pengarah filem ini, John Erick Dowdle, idea asal untuk menghasilkan ‘Quarantine’ wujud setelah dia menyaksikan sebuah filem Sepanyol berjudul 'REC' arahan Jaume Balaguero dan Paco Plaza. Daripada situ dia mula menggarap ‘Quarantine’.
"Filem ini diadaptasi daripada filem ‘REC’ dan saya memilih Jennifer Carpenter sebagai pelakon utama kerana tertarik dengan lakonannya dalam filem ‘The Exorcism of Emily Rose’. Pada saya lakonannya sangat berkesan dan dia merupakan seorang pelakon yang hebat," kata Dowdle.
Quarantine’ mengisahkan tentang seorang jurukamera dan wartawan yang sedang membuat penggambaran untuk sebuah rancangan realiti berkenaan sekumpulan ahli bomba yang bekerja pada waktu malam khususnya ketika berlaku kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Kebetulan ketika mereka membuat program tersebut, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai sebuah kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah apartmen. Panggilan kecemasan itu telah membawa mereka berdua mengikuti sekumpulan pegawai bomba dan polis ke tempat kejadian.
Di sana, berlaku kejadian pelik yang sukar diterangkan. Malah di dalam apartmen yang dikatakan terbakar itu mereka terperangkap dan sukar untuk mencari jalan keluar.
ULASAN NASZ :
1. Baru je tengok dengan kawan-kawan rapat Nasz sebelum balik bercuti semalam Khamis di City Square, JB
2. Memang best sangat sebab saya suka akan filem-filem yang berunsur seram ni.
3. Terlalu banyak adengan jerit sampai pening saya dibuat nya.
4. Walaupun pengarah hanya menggunakan satu kamera tapi saya rasa kualiti filem masih kekal kerana kurang bergoncang
5. Bak kata doktor kat dalam cite ni dia cakap diorang ni kena penyakit anjing gila tapi tak taula kan cam ne manusia leh kena takut gak... pembunuhan ala-ala zombie hehehe
p/s : anda semua kena tengok cite ni buat pertama kali dalam sejarah saya takut jalan dalam gelap depan bilik saya nak tahu kenapa tengoklah QUARANTINE (bukan sebab hantu tetapiiiiii........)
SUMBER DARI GUA.COM.MY
No comments:
Post a Comment