Alhamdullilah, syukur kehadrat illahi di atas limpah kurnia nya Castury di beri peluang untuk turut sama hadir dalam industri nasyid kita ini sungguh pun ianya tidak seberapa namun atas kesungguhan demi memartabatkan seni nasyid Islam, kami di Castury tak pernah putus usaha demi bersama-sama memeriahkan industri ini di samping mencari rezeki dan memantapkan dakwah Islam melalui lagu-lagu berunsur nasihat ini.
Hampir lima tahun Castury cuba bernafas sebaik mungkin mencari ruang yang terbaik untuk membuat mereka di kenali akhir nya setelah mereka mereleasekan single yang bertajuk HANYA PASRAH MENANTI melalui Daurah Nasyid Minggu Ini RTM 1, saban hari mereka terus dikenali terima kasih bebanyak pada yang mengundi lagu ini di dauarah sehingga bertahan paling lama berbanding lagu-lagu lain. Officially, saya selaku yang turut terlibat secara tidak lansung walaupun sekadar model video klip (pernah juga menganggotai Castury selama 2 tahun) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada krew-krew terlibat sperti cromeart production, TNB sendiri, All kind Music (Abg Mizi) dan teman-teman Castury.. erm tidak lupa juga kepada yang selalu merequest lagu HPM ni kat nasyid 2/5 dan sembang pagi andalah teman Castury hehe..terima kasih bebanyak..
Untuk pengetahuan teman-teman Castury, Castury telah tercalon untuk dua kategori pada Anugerah Juara NMI 08 :
1. Artis Baru Nasyid Popular bersama El-Hikmah, Dmenc, Muadz, Nice
2. Lagu Paling Lama Dalam Daurah bersama DiPintu Mihrabmu - Nakriz
Mari kita semua peminat nasyid turun memberi sokongan padu kepada semua penasyid-penasyid kita di Anugerah Juara NMI 08 di Dewan Plenary, PICC, 29 November 2008 (Sabtu). Datanglah demi menyemarakan lagi irama nasyid yang kian hari makin mendapat sambutan dan di terima baik oleh semua lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment