Selamat hari raya semua...
Untuk raya ke-8 ni saya mengupdate blog ni untuk bercerita pula tentang raya saya. Alhamdulillah seperti kebiasaanya kami sekeluarga akan beraya di kampung yang terletak di utara Perak iaitu Bagan Serai. Dua hari sebelum raya keluarga saya dan keluarga mak cik saya telah bertolak ke kampung untuk membuat persiapan awal maklumlah dekat kampung bila tiba hari raya harga barang basah sudah menjadi seperti harga Kuala Lumpur.
Pagi raya saya ringkas sahaja memandangkan tahun ini baju raya sahaja yang siap seluar raya baru sahaja siap semalam (selasa,8/10/2008) dan di pos ke UTM oleh adik saya. Lepas sahaja sembahyang sunat Aidilfitri terus sahaja berkunjung-kunjungan ke rumah saudara mara di keliling kampung agak tengahari sedikit baru dapat bermaafan bersama keluarga.
Kalau nak cerita mengenai duit raya pula. Tahun ni agak sedih juga sebab collection tahun ini tidak sampai RM50 pun jika di bandingkan tahun-tahun sebelum nya mencecah angka RM2++.
Sebaliknya saya pula yang banyak keluar ermmm dirahsiakan nilainya untuk diberikan duit raya kepada adik saudara yang lain juga untuk anak-anak buah serta cucunda saya yang tercinta.hehe
Saya sempat beraya di kampung sehingga raya kedua seterus nya pada raya ketiga hanya beraya di Rawang Country Homes di situ terletak nya rumah mak cik saya di sebelah abah saya.
Raya keempat saya berjalan-jalan ke Nilai, N9 ke rumah kenalan.
Raya Kelima saya di UTM, Skudai...
Raya Keenam kelas dah pun bermula...
Selamat beraya semua, jangan lupa puasa enam pula
No comments:
Post a Comment