Assalamualaikum w.b.t
Agak lama juga saya tidak menulis pape dekat blog ni bukan bermakna saya dah menyepi atau raya sakan tapi tidak berkesempatan nak menulis kat sini. Nampak nya kita telah pun habis sebulan berpuasa untuk yang beragama Islam. Rasa-rasanya ada yang ponteng tak kalau perempuan tu sedia maklum la tapi kalau lelaki lak apa sakit nya hehe.. Tahun ini adalah bulan berpuasa yang cukup bermakna buat saya tetambah lagi pada 4, 5 hari nak menyambut bulan Syawal. Erm, saya cerita lah sedikit ek.
Pada 25/09/2008 (khamis) – saya, shuq, adzlan dan gu bercadang nak pergi berbuka puasa dekat Danga Bay kononnya nak makan seafood bersama-sama sebelum balik beraya lagipun kami berempat tidak pernah berbuka bersama di luar UTM tercinta ni. Lepas saya dan Adzlan habis bergunting rambut dekat saloon U & ME kat area Jalan Universiti kami terus berangkat hampir 2 jam kami tersesat dekat tengah jalan. Memang perit juga la perut ni menahan lapar tetambah lagi tinggal bape minit sahaja waktu berbuka nak masuk hinggakan si Adzlan tertidur, pernah satu masa lepas berbuka baru si Adzlan ni bangun (batal ke…? Lu pikir la sendiri ~kata Nabil aka Raja Lawak).
AKHIRNYA, kami pun tiba di Stulang Laut iaitu tempat yang asal si Shuq dengan saya nak ajak kawan-kawan lain berbuka puasa bersama-sama memandangkan kami tidak tahu jalan sebab itu kami hanya berbuka di Danga Bay alih-alih tersesat sampai ke sini lak. Alhamdulillah,lepas juga hajat kami berbuka dengan seafood berlatarkan tambak Johor dan Singapura (aku bakal ke sana InsyAllah next year hehe).
Segalanya belum berakhir lagi tak sangka la pulak rupanya Stulang Laut ini kawasan bebas cukai macam Labuan dan Sungei Way, Selangor. Kami berempat kononya nak window shopping kat the Zon entah cam ne si Gu terbeli kamera Digital rm499+ kalau kat mall luar mungkin mahal lagi dan saya pula terhabis banyak la juga shopping sakan untuk family. Memang pening kepala gak membazir lagi kesian saya melihat telepon saya ayik bordering di sebabkan kawan-kawan saya dah bosan menunggu saya hehe..
Tepat 10.30 kami keluar dari The ZON terus bergambar kenangan dekat tepi laut berhorizon kan Singapura. Terus kami ke Danga Bay dalam perjalanan kami di tahan oleh KASTAM JOHOR, syukur tiada pape. Belum berakhir lagi, selepas itu kami ditahan polis pula, siap kena tengking lagi dengan polis tu memnag tidak reti berbudi bahasa betul.. Nak tahu pe polis tu cakap ‘‘cepat pakai tali pinggang belakang, kalau tiada adakan juga…?” memang pelikkan soalan dia. Si Adzlan membalas “baik-baik kami pakai sekarang” . Mcam mana la nak pakai benda yang tiada. Lan..lan.
Selepas segalanya selesai kami berempat pun tiba di Danga Bay sempat juga kami bergambar kenangan di sana. Sepanjang di Danga Bay kami hanya bergelak ketawa, berjalan-jalan tepi pantai dan paling jahat kacau belia rosak yang berdua-duaan di dalam kenderaan diletak di parkir Danga Bay tu (moga-moga anda semua insaf apatah kita masih lagi di bulan Ramadhan Karim).
Hampir pukul 12 tengah malam kami tiba di Kolej 11… Memang seronok bersama-sama kawan-kawan kalau kita berada di saat-saat yang tidak di jangka contoh nya seperti kena tahan polis, sesat dan apa sahaja. Moga berkat Ramadhan yang lalu memberi kan seribu pengertian kepada kita semua..Aminnn.
No comments:
Post a Comment