Wednesday, September 3, 2008

TAHNIAH CASTURY...

Akhirnya seperti di jangka setelah hampir 4 bulan berada di Daurah NMI, Castury melalui Hanya Pasrah Menanti menjadi calon akhir ke final NMI yang dijangka bakal berlansung pada bulan Disember ni nanti. Saya turut berbangga dengan pencalonan ini sungguhpun saya hanya bertindak sebagai model video klip malah saya juga pernah bersama dengan Castury selama 2 tahun namun kemasukan ke final merupakan satu kejayaan pada Castury. Anda juga boleh melihat video klip ni di YouTube.com .
Buat pengetahuan anda, Castury juga bakal beraksi untuk konsert besar yang akan berlansung selepas raya ni bersama dengan munsyid besar yang lain seperti Rabbani, Devotees, NICE, inteam dan lain-lain. Castury juga bakal keluar album sulung mereka penghujung tahun ni jadi pada sesiapa yang mengenali mereka teruskan menyokong penasyid-penasyid ni.
anda juga jangan lupa untuk mengundi mereka di Daurah NMI ek. Terima kasih.

No comments: