akhirnya setelah berjuang berhabis-habisan dapat juga saya mnulis blog untuk kesekian kali ni. Saya berterima kasih kepada semua supporters kerana tak henti-henti memberi komen kepada saya dan mengingatkan saya untuk up-to-date blog saya. sebenarnya banyak sangat yang ingin saya kongsi bersama semua bermula pada hari sebelum merdeka sehingga lah hari saya menulis blog untuk kali ni.
Sabtu, 30/08/2008 - Saya,Gu,Shuq dan Ad3lan aka chipmunk hehe kecuali eric yang telah hilang seketika tanpa pemberitahuan awal kepada kami. Hari ni memang bosan sebab tiada apa sangat yang dapat kami lakukan jadi lepas sahaja makan tengahari kakak lan ajak kami semua pergi ke Jusco Tebrau untuk pengetahuan semua ini adalah kali yang kedua tetapi alhamdulillah kali ni kami berjaya sampai tanpa sesat sampai ke penghujung negeri Johor ni. Hampir 4 jam kami di sana kami terus berangkat ke Restoran Pinggira Bayu memang terletak di pinggir Taman Universiti berhampiran juga dengan Monte Callisto dan Umall (GIANT) then habis je makan entah tetiba saya jadi ghost story teller almaklumlah dulu masa sekolah rendah johan sekolah dalam pertandingan bercerita hehe memang meremang bulu roma sepanjang bercerita kat restoran yang ala pondok wakaf tu. Pukul 8.30 mlm kami semua selamat sampai kat asrama tetapi saya bersyukur saya masih sempat untuk melihat PERTANDINGAN AKHIR AKADEMI NASYID yang johan nya adalah Azhan. Tahniah kerana mempersembahkan persembahan yang meruntun jiwa ku ini. Namun persembahan Aiman juga tidak ketinggalan hebat kerana berjaya memukau penonon yang hadir pada malam tu tetambah lagi semasa beliau membawa lagu ciptaan penasyid kegemaran saya Hafiz Hamidon (dusta berkalang).
Ahad, 31/08/2008 - HAPPY MERDEKA KE - 51
Isnin, 01/09/2008 - Selamat menyambut Ramadhan Karim
masih isnin lagi...
hari ni adalah first day puasa yang sangat menyedihkan bagi saya dan ganzs masakan tidak baru sahaja sampai di bazar Ramadhan tapak FAB,UTM kami terpaksa berebut-rebut membeli juadah berbuka puasa akhirnya kami hanya dapat membeli 3 keping murtabak, keropok lekor, kuih tauhu sumbat dan air keladi. Tapi kami tetap bersyukur sekurang-kurangnya kami dapat juga berbuka puasa dengan juadah dari bazar Ramadhan FAB.
Selasa, 02/08/2008 - hampir sahaja berbuka hujan lebat turun sehingga menyukarkan keluar membeli juadah berbuka puasa tapi saya masih sempat berlari bersama shuq dan gu untuk ke Relax BOSS membeli juadah berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment