
"Tu la adik pojie yang belajaq kat U tu" ujar adik mak kat anak-anaknya.
Saya sedang sibuk mengatur lauk-lauk di atas pinggan saya hanya sekadar memasang telingan mendengar perbualan mereka.
"ni la yang mak abg pojie habaq bakal jd pegawai tinggi pastu nak bukak perniagaan untuk mak dia ya" ujar anak adik mak yang perempuan.
"erm.. untung mak pojie, patutlah pojie dan mak dia sayang sangat kat dia" sampuk sorang lagi. "bagus nya belajar tinggi lepas tu baru-baru ini cemerlang kata mak pojie tu"
****
"mak pojie cakap adik pojie ni baguih rajin solat dan hormat orang tua" tekun beliau memberitahu anak-anak dia hinggakan aku tidak tahu berkata apa sekadar seolah buat-buat tidak dengar dan tekun makan nasi dan hidangan terhidang serta menonton televisyen.
"dik, abg tak mai ka" seraya adik mak bertanya pada aku.
"abg tak balik dia ada training.." aku membalas. "entah lah training ka tidak ak jawab ja huhu"hati aku mengomel sorang.
"nanti kalo rajin mai la umah ni sembang-sembang ajak mak sekali" adik mak bersungguh menjemput aku yang sedang asyik makan sambil menonton raja lawak di tv 32' inch LCD itu.
"dik tambah ag dik jangan malu-malu kita kan sekeluarga" kata abang berbaju putih (lupa dah nama) sambil menghulur nasi ke dalam pinggan aku.
"p amik daging ag kat dapur bg adik pojie ni jgn bagi dia segan" kata adik mak menyuruh abg baju putih tadi ke dapur menambah lauk kari daging dan ayam masak merah kepada aku.
****
"terima kasih ya..." aku menyalam sorang-sorang sebelum berundur dari majlis hari jadi cucu adik mak itu.
"belajar elok-elok ya" kata adik mak bersungguh pada ku.
****
AKU SANGAT MENYANYANGI KELUARGA AKU INI... YA TUHAN DEKAT DAN PELIHARA KASIH SAYANG INI JANGAN KAU PECAH BELAH KAN KAMI APATAH MELIHAT KAMI DALAM PERBALAHAN. PELIHARA KASIH SAYANG INI SEPERTI SEAGUNG PARA NABI MU YANG AMAT MENYAYANGI KELUARGA MEREKA. SUNGGUHPUN KU BUKAN SEMULAI PARA KEKASIHMU DAN APATAH JAUH SEKALI UNTUK DIBANDING DENGAN MEREKA NAMUN KU TETAP INGINKAN SEINDAH SEBAHAGIA KELUARGA SAKINAH ITU...AMIN
p/s: terus terang aku terharu namun aku tidak pasti adakah masih ada sinar atau hilang sinar itu? adakah aku ini masih wujud atau tidak wujud? namun aku tetap setia dengan janji ku...... segalanya aku serah pada yang maha Esa aku tiada kuasa dan daya...
p/s (2) : maafkan aku..aku tidak sesempurna umat. namun aku tulus dan ikhlas segalanya yang aku lakukan demi yang Esa sebagai penebus segala dosa lampau ku yang hina itu walaupun sekejap di dunia itu namun aku bukan sebegitu sejak dulu, aku bersyukur engkau menyedarkan aku dari agaj tidak terus terlena. harap aku masih ada kamu....
p/s (3) : menjalani hidup yang payah seorang diri. adakah aku akan terus sebegini? genap 6 bulan tanpa siapa-siapa di sisi....dulu dia pernah berkata pada aku yang "saya bukan seperti yang terdahulu seperti awak di matrik dahulu, dan saya sangat ikhlas dan berbeza serta jujur dan tulus pada kamu, yakinilah saya" namun.... kini aku nampak ia bakal bermula dan kenapa di saat aku di tahun akhir juga? seperti di matrik, aku tanak kecundang seperti di matrik dahulu kerana hal begini...
(Al-Furqaan : 74)
No comments:
Post a Comment