Tuesday, June 28, 2011

Migrano~


Migrain sememangnya sudah sebati di kalangan masyarakat di negara kita. Penghidap penyakit ini sering kali merasakan fobia dan bimbang sekiranya serangan migrain akan berlaku kepada mereka. Kini, ada empat cara mudah untuk menangani masalah migrain.

1. Pertama ialah pergi ke tempat yang gelap dan selesa.
Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri kamu daripada suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya. Serangan migrain biasanya dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh. Justeru, sebaiknya elakkan daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

2. Letakkan tuala yang basah dan sejuk di dahi, kepala
dan juga sekitar leher. Di samping itu, rehatkan mental kamu. Migrain sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan daripada kamu dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.

3. Fokus kepada hidup kamu yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang
membebani.

4. Langkah terakhir ialah dapatkan tidur yang berkualiti. Untuk mendapatkan tidur yang sempurna, memang susah. Justeru, cuba dapatkan rehat dan seboleh-bolehnya tidurlah. Apabila kamu tidur, minda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan dari luar yang boleh meningkatkan migrain kamu.



p/s: ini antara 'random precaution and awareness (langkah berjaga-jaga n pengawalan)' jika anda menghadapi saat-saat sebegini. Tapi kalau dah teruk macam saya lebih baik buat 'medical check up' kalau tak siap sedia beli ubat beratus-ratus ya bro.

No comments: