Wednesday, September 15, 2010

sayang???

Saya ada chat dengan seseorang yang saya pun tak berapa nak kenal di facebook tu. Soalan nya mudah sebab nya dia pun tetiba tanya saya cam tu dan agak berterus terang.

Soalan nya: macm mana cara kau sayang pada seorang kawan dan cara kau sayang pada sahabat dan cara kau sayang pada abang/adik kau(nape tetiba ada adik beradik lak??)...?

Berpeluh saya memikir...

Jawapan saya mudah:

Sayang pada kawan batasan nya pada cara kita menghargai kawan itu.

Sayang pada sahabat ni lagi mendalam kerana sahabat ini seorang yang sanagat rapat dengan kita maka sayang itu kena lebih lagi sebagai contoh sakit demam, susah senang kita biasaanya sahabat ini yang pertama akan hulurkan tangan jadi hargailah sahabat ini. Sahabat cam ni paling susah nak dapat.

Sayang pada adik/abang? kandung ke angkat? kalau kandung da tentu la kne sayang betul-betul, da nama pun air yang di cincang takan putus kan, kalau yang berangkat ni payah sikit biasalah kalau hati tu goyah sikit bila dapat adik lain abang lain mula kita nak bagi sayang tu kat dorg lak, mula-mula kawan pastu huhu jangan tak caye ada yang mula berangkat kemudian kawen bagi yang berlainan jantina... Awas! sayang bukan mudah untuk di jual beli. Fikir dulu sedalam-dalamnya sebelum melafazkan sayang. Sayang adik beradik (tak kisah angkat atau kandung) bukan seperti kita sayang kawan-kawan. Kita kena letakan jiwa kita di hadapan baru kita betul-betul sedia untuk melindunghi nya.

Saya sangat sayangkan abang saya,walau apa sekali pun yang berlaku yang terduga dan tak diduga berlaku saya tetap sayangkan dia. Saya yakin satu hari nanti dia akan tahu dan berterima kasih akan setiap apa yang saya lakukan padanya sungguhpun adakalanya kata-kata dan perbuatan saya ada yang tidak digemari nya. Biarlah nasihat saya ini tidak di terima atau terima sekurang-kurang nya saya juga sudah melepasi tanggungjawab saya sebagai adik. Namun sebagai adik nak atau tanak saya tetap kne terima, bukan senang nk berbincang terutama yg lebih tua dr kita, masa amat diperlukan, saya tiada hak untuk mengatakan 'jangan' 'hentikan', sebaliknya saya kena/harus patuh dengan apa yang sepatutnya, namun saya yg perlu hentikan jika ianya difikirkan tak elok dan perlu di ubah maka saya perlu berubah. Orang kata da kne batang hdung sendiri baru nak sedar kan. Tapi takpelah....em melalut lak

chat punya chat, makhluk tu terus senyap...harap-harap dia paham la mksd syg yng di tnya pada saya tu hehehe

No comments: