Di hati ini hanya tuhan yang tahu
Dihati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari hanyalah kau...
Sesekali aku mendengar lagu-lagu nasyid cintan ni membuat diriku di buai mimpi seketika. Aku seolah-olah dapat lari seketika dari merindui insan-insan yang begitu aku kasihi yang teramat sangat. Sebegitu berat dan payah bagi diriku di sini keseorangan dan menelan segela kepahitan, segala kesunyian serta segala kekalutan dalam gelodak jiwa diriku.
Sukar dan sangat sukar. Itulah yang mampu aku tafsirkan. Aku tak mahu mempolitikan diri aku dengan menjadi hipokrit dan setelah sekian lama aku tidak pernah menghipokritkan diri aku. Betul terus jadi diri sendiri! Tetapi aku perlukan insane yang betul mampu memimpin tangan ku dan menagajak ku berlari keluar dan terus berlari ke hadapan tanpa membiarkan diriku menoleh ke belakang kembali.
Aku tak mampu menahan diri aku dari menoleh kebelakang. Nafsu! Keinginan! Gelodak jiwa yang melampu! Terus menolak dan memaksa aku. Aku... aku..akkkkku...pasrah tetapi aku yakin aku mampu melakukan nya walaupun payah.
Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu insyAllah dengan izin Allah akan ku bersenang-senang di kemudian....
Aku yakin akan segala yang aku dikurniakan hari ini mampu membuat aku terus bertahan dari segala keperitan yang terdalam di jauh hujung diri ku alami seperti satu penyakit yang amat payah di ubati tetapi aku pasti ia mampu di ubati dengan kurniaan yang kumiliki ini.
No comments:
Post a Comment